Wednesday, August 31, 2011

Pujian

Malam terakhir aku sempat solat sunat terawih di Surau Desa Rahmat, Tampoi. Seperti biasa, aku hanya larat buat 8 rekaat sahaja. Tetapi yang buat aku terpegun adalah disiplin yang diterap oleh AJK Surau yang telah melatih kanak-kanak yang datang ke surau untuk lakukan perkara yang amat berfaedah.
Selain sama-sama bersolat dan tidak membuat kacau, mereka juga akan segera ke verandah surau dan menyusun alas kaki para jemaah yang hadir. Jadi, sebaik jemaah selesai solat sunat witir, mereka akan dengan mudah cari alas kaki mereka.
Semoga akan menjadi ikutan kanak-kanak di lokasi-lokasi lain sewaktu solat terawih.

No comments: