Monday, August 22, 2011

Life after No ASTRO

Sebelum berpindah ke Putrajaya pada akhir 1999, aku tidaklah begitu teruja untuk melanggar stesyen tv berbayar kerana ketika itu [di Tmn Universiti, JB] aku boleh dapat beberapa saluran TV Singapura dan juga Indonesia. Tapi sejak bertukar tempat kerja di Putrajaya dan punyai kedudukan kewangan yang "selesa" aku mula melanggan Astro. Ketika itu kalau tak melanggan Astro, aku hanya dapat TV1, Tv2 dan TV3 sahaja. Bayaran bulanan sekitar RM45 sahaja dan pemasangannya percuma.
Maka bermulalah epison baru aku dan famili menjadi pelanggan setia Astro. Pusat kitar semula Putrajaya akan tersenyum setiap kali aku datang kerana selalunyta majalah Astro [yang masih tidak dikoyak plastiknya] aku ikat bersama akbar-akhbar lama.
Dari dulu hingga aku berhenti langgan Astro, aku amat berharap program "realiti" seperti Akademi Fantasia sepatutnya dijadikan sebagai salah satu saluran berbayar terpilih; agar aku boleh tidak melanggannya. Suatu masa dahulu [kalau tak silap era Mawi-AF] pernah aku tamatkan langganan Astro kerana anak-anak aku begitu asyik menonton diari harian peserta AF setiap hari. Setiap kali aku tiba rumah/balik, mesti mereka berkumpul di depan TV. Aku segera potong langganan. Tapi hanya tahan sebulan sebab aku pula yang "rindu" nak nengok EPL.
Hari ini merupakan hari pertama hidup aku tanpa Astro. Agak janggal pula kerana selalunya aku akan tonton saluran 818 [sukan] sambil bersedia untuk ke tempat kerja. pagi ini aku tonton TV3 [unifi]. Aku kena kuatkan azam untuk TERUS KEKAL TIDAK MELANGGAN ASTRO. Biarlah piring satelit Astro di luar rumah aku tu jadi tukun untuk burung menenggek!

Nota
1. Astro cukup mahir nak gigit setiap sen duit pelanggannya.
2. Sebaik 'confirm' Unifi boleh guna di rumah aku pada 21 Julai 2011, aku segera telefon Astro untuk potong langganan. Tapi malangnya aku perlu beri notis satu bulan kata tefonis Astro [termaktub dalam perjanjian katanya]. Maka aku terpaksa langgan satu bulan tambahan.
3. Bila bil Astro datang, aku dikehendaki membayar perkhidmatan sehingga 31 Ogos walhal aku dah notis hingga 21hb sahaja. Aku segera telefon Astro. Aku yakin Astro tidak akan pulangkan lebihan bayaran jika aku bayar bil tersebut.
4. Arsenal kini sedang merudum prestasinya, jadi minat aku pada EPL turut merudum........

No comments: