Thursday, March 31, 2011
Imbas Kembali ........
Minggu lepas, awalnya aku agak marah dengan Bank Islam Putrajaya kerana mesin deposit tunainya tidak mahu terima bayaran bulanan pinjaman perumahan aku seperti biasa. Setelah gagal 4 kali cubaan, aku ke kaunter untuk bayar tunai. Bila aku maklumkan nak bayar pinjaman perumahan petugas tu dengan senyum sinis beritahu bahawa pinjaman aku DAH HABIS BAYAR. Termangu aku sekejap. Gembira ada sebab satu beban dan beres, tapi malu pun ada sebab tak prihatin. Aku segera teringat kembali .............. Sekitar tahun 1984, Kerajaan Negeri Johor jalankan kempen pemilikan rumah untuk rakyatnya. Pada masa itu banyak rumah murah [RM22,500 seunit] dibina dan semua yang layak digalakkan untuk memohon. Aku tidak ketinggalan isi borang di pameran yang diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru. Tak lama setelah itu, aku dimaklumkan aku berjaya mendapat sebuah rumah "end-lot" di Taman Skudai Baru. Jika berminat aku perlu bayar 10% wang pendahuluan. Dengan gaji masih rendah, agak mustahil untuk ada tunai RM2250.00. Atas nasihat kawan-kawan aku ke Bank Kerjasama Rakyat Malaysia untuk buat pinjaman peribadi. Sambil tu aku ke bank Islam untuk dapat pinjaman pembiayaan. Walau pun dapat pinjaman 100% tapi duit lebih aku tak simpan.Untuk 3 tahun pertama, kena bayar 2 bank [memang agak sukar untuk imbang perbelanjaan sebab gaji masih kecil].
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment