Thursday, February 26, 2009

Peluang

Peluang = waktu @ ketika yang boleh bawa kelebihan dan keuntungan. Peluang tidak selalu datang. Pepatah Cina mengatakan jika nampak "lubang peluang", lompat masuklah dengan kedua-dua kaki. (When you see a hole of opportunity, jump in with both feet!)

Pakar motivasi menambah, jika kita telah bersedia dengan kemahiran yang diperlukan dan sesuatu yang memberi kelebihan timbul, barulah ianya dipanggil "peluang". Sebagai contoh; jika tiba-tiba ada tawaran terhad untuk mereka yang mahir komputer untuk dihantar berkursus ke New York, mereka yang ada kemahiran komputer boleh anggap ianya sebagai "peluang", tetapi bagi mereka yang buta komputer, ianya merupakan satu berita sahaja.

Ceramah bulanan di Surau Al-Muhajirin Presint 9 malam ni berkisar kepada tajuk Merebut 5 Peluang Sebelum Datangnya 5 Ketika. Walau pun tajuk ini pernah aku dengar beberapa kali tetapi cara penyampaian penceramah kali ini agak menarik. Para hadirin tidak "lena" walau pun 90 minit ceramah yang disampaikan.

REBUTLAH 5 SEBELUM 5
1. HIDUP sebelum MATI
2. SIHAT sebelum SAKIT
3. LAPANG sebelum SIBUK
4. MUDA sebelum TUA
5. BERHARTA sebelum FAKIR

Selepas ceramah, tidak lengkap kalau tidak ada jamuan....... Malam ni selain kuih muih Anum, roti Arab dengan kuah dal dan sambal disediakan.

No comments: