Tuesday, February 17, 2009

Hari Ini Dalam Sejarah




Aku mula pindah ke Putrajaya sejak Dis 1999. Namun begitu kunjungan aku ke KL boleh dikira. Jika tidak ada urusan terlalu mustahak aku akan cuba elak daripada ke KL.
Hari ini aku diarahkan ke KLCC sebagai persediaan untuk CCEM ke-17. Aku pasti balik nanti akan sesak lalu aku tempah kenderan BPK. Pemandu, En. Ali ke KLCC menggunakan terowong SMART. Aku sungguh teruja ketika melui terowong tersebut. Sebelum ini aku tidak tergerak langsung untuk gunanya walau pun jalan sesak ke KL.
En. Ali beritahu terowong tersebut terbahagi kepada 3 bahagian. Paling atas untuk kenderaan dari KL ke Sungai Besi, tengah untuk kenderaan Sg. Besi ke KL, manakala paling bawah untuk salirkan air jika banjir.
Aku rasa amat rugi kerana pengalaman melalui terowong tersebut sepatutnya telah aku lalui sejak lama dulu. Sungguh canggih teknologi yang digunakan untuk membina terowong tersebut.

1 comment:

Sukimin said...

Syabas Pak Din! Teruskan usaha penerokaan tersebut