Saturday, February 7, 2009

Jamuan di Bandar Seri Putra

Bertanyakan perkembangan terkini sementara menunggu acara doa selamat


Tajuk utama perbualan: Situasi Politik di Perak Masa Kini

Telah 1 bulan Hj. Sarpin bersama keluarga tinggal di rumah baru mereka di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota. Antara yang dijemput untuk majlis kesyukuran yang diadakan adalah bekas sahabat sebilik semasa di Madinah dan di Mekah.
Aku dan Anum amat gembira dapat jumpa Hj. Yahya, Hj. Hamid, Hj. Muhamad, Hj. Mustafa, Hj. Zakaria dan Hj. Nordin bersama pasangan masing-masing. Hanya Hj. Omar tidak dapat hadir kerana anak-anak dan cucu-cucunya sedang berkumpul di rumahnya di Melaka sempena cuti panjang hujung mingu ini.
Jamuan yang disediakan amat menyelerakan. Nasi minyak, soto, rojak buah, dadih, kuih-muih, bubur durian, cendol, sirap limau, dan yang paling menarik mee tiau special yang disediakan oleh pengusahanya yang dibawa terus dari Gombak.
Dalam perjalanan pulang, ronda kedai-kedai di Bandar Putra. Singgah di satu-satunya kedai Jati di situ. Kerana yakin tauke kedai tu adalah Hj. Zulkifli (suami Rohana - sahabat di BPK) aku tanya Bangla yang jaga: "Siapa nama bos?" Dengan yakin katanya: "Zulfikar."
Bagus dan banyak pilihan di kedai tu. Aku rekomen para sahabat untuk berkunjung ke kedai tu jika berminat untuk tukar perabot rumah. harga boleh runding!!

No comments: