Hari ini genap Amirul 16 tahun. Kami ke Maalee di Dengkil untuk makan malam. Beri Amirul "kebebasan" order apa yang dia nak makan. Dia pun apa lagi..... order makan untuk 2 orang tapi makan seorang sahaja.....
Pilihannya tomyam campur, nasi paprik dan air jus epal. Lepas 15 minit, pinggannya licin! Nasib baiklah Amirul ini agak aktif main bola.. kalau tak ........
Untuk birthday kali ni... Daddy dan Mak harapkan Amirul lebih rajin belajar dan pandai seimbangkan aktiviti sukannya dengan pelajaran. Didoakan Amirul lebih berjaya dalam pelajaran dan juga jadi anak yang baik di samping tidak tinggal solat.
1 comment:
HAPPY B-DAY AMIRUL.... LAIN KALI TAK MAIN LA KAT DENGKIL. KENAKAN DADDY DAN EMAK KAT HOTEL MANA2.
Post a Comment