Monday, January 26, 2009

Balik JB lagi

Walau pun baru saja belasah daging kambing panggang dan nasi minyak, rasa kecewa terus menebal sebab Arsenal masih gagal jaringkan gol.


1. Ada 2 program di JB hujung minggu ni;-
i. Kenduri arwah Abg. Yusuf pada Sabtu Malam Ahad
ii. Pernikahan anak Abg Kamal pada 10 pagi Ahad
2. Dah bincang tak balik sebab dah 2 kali balik JB bulan ni (sila baca post terdahulu...)
3. Aku sedang nak pasang monitor tambahan dalam Rusa di kedai aksesori di Presint 14 pada pagi Sabtu, tiba-tiba Fathiyah call "Jadi tak balik JB?"
4. Aku pun fahamlah.... Jadi lepas Zohor kami berangkat ke JB dengan Rusa (tanpa monitor belakang, belum sempat pasang). Kos balik JB kali ni kurang sikit sebab Rusa guna NGV.... Jalan lebuhraya Utara Selatan sesak.
5. Di Air Keroh setelah isi NGV, terus Ke Hospital Putra untuk ziarah anak kawan sekolah yang kemalangan di highway semasa balik JB (kebetulan anak kawan tu sama kelas dengan Nurul di UITM). Didoakan semoga segera sembuh dan dapat teruskan pengajian....
6. Tiba di JB sebaik lepas Maghrib. Sempat kenduri yang dimulakan selepas Isyak. Aku amat hormat AJK Surau Jalan Perubatan, Tmn Universiti sebab ramai remaja turut serta semasa majlis kenduri tersebut. Tidak seperti di tempat lain, langsung tiada budak muda. Kalau da pun kanak-kanak yang hanya datang semasa jamuan.... Dah tanya dengan Aris, S/U surau apa ramuannya. Nanti aku akan cadangkan kepada AJK Surau Al-Muhajirin (Surau Presint 9)
7. Jam 9.30 pagi esoknya dah ada di rumah Abg Kamal di Tmn Daya. Pengantin lelaki nampak yakin akan dapat lepasi acara nikah dengan mudah..... Tapi bila dah salam tangan Naib Kadhi, tergamam, empat kali lafaz baru lepas....
8. Sebaik tamat majlis jamuan ringkas jam 12.30 tengah hari terus ke Semenyih untuk Majlis BBQ Zaharah (untuk adik-beradik) sebab anaknya, Aina cemerlang PMR. Tiba Seremban pukul 6 petang dan singgah di Seremban 2 untuk cari buku kerja Thn 6 Fathiyah. Kak Pah dan Abg Lan pun ada.... sanggup drive dari JB untuk hadir.
9. Sambil jamu daging kambing, ikan bakar, nasi minyak, laksa dan limau, aku sempat tonton Arsenal lwn di TV. Amat mengecewakan........
10. Jam 12.30 baru tiba di rumah. Letih. Alhamdulillah semua selamat walau ada kalanya terburu-buru.
11. Tahniah untuk Kak Nap beli kereta baru. Bila boleh bagi aku test drive?

No comments: