Friday, October 31, 2008

Khutbah Jumaat


Setiap Jumaat aku ada tugas tambahan. Kadang-kadang sebab terlalu sibuk di pejabat hingga lupa buat persediaan yang sepatutnya. Aku kena sediakan persembahan power point untuk khutbah minguan. Selalunya Rabu petang laman web Jawi.gov.my dah upload khutbah tersebut jadi semua petugas seperti aku boleh download. Minggu ni tajuknya "Transit ke Akhirat"

Banyak perubahan yang bagus berlaku. Qariah tidak lagi mengantuk sewaktu mendengar khutbah (termasuk yang sedang menaip posting ini). Tapi masih terdapat mereka yang memang dah otomatik "terlentok" walaupun tajuk yang disampaikan menarik.

Tuesday, October 28, 2008

Pengantin Baru vs Pengantin Lama

Pengantin "Lama" Pak Din & Wan Anum

Pengantin Baru - Shafiz & Siti Zurainah
Hari ini, 28 Okt 2008 aku cuti rehat sempena Raya dan Deepavali. Setelah habis baca akhbar dan tak ada kerja dak buat, aku lepaskan geram tulis dalam blog puas-puas. Apabila lihat gambar nikah Zurainah, terkenang zaman aku dan Anum nikah pada tahun 1986 dulu. Takle se glamour sekarang. Tapi Alhamdulillah kami masih bersama di samping 5 orang anak-anak yang mungkin tak lama lagi akan bernikah juga.

Curi Tumpuan


Rombongan menghantar Zurainah ke majlis pernikahan di Masjid Putra telah terserempah dengan pelancong-pelancong dari Taiwan. Dua orang anggota rombongan telah telah "diculik" oleh para pelancong tersebut sehingga mengganggu perjalanan majlis.

Mereka telah dijadikan model oleh para pelancong tersebut. Tidak kurang 10 kamera berebut untuk "menyenap" foto mereka. Nampak gayanya anak-anak buah aku ni, Nuha dan Arash akan famous di Taiwan tak lama lagi......

Nikah Siti Zurainah


Pada Sabtu 25 Okt 08 yang lalu, adik aku, Siti Zurainah (sama bapa tapi lain emak) telah bernikah di Masjid Putra, Putrajaya. Pernikahan telah dijalankan oleh Imam "Glamour" - Imam Abd. Manaf. (Glamour sbb nikahkan Pak Lah & Jeane serta pasangan-pasangan high profile yang lain).


Suaminya Shafiz dari Batu Kikir, NSembilan. Semua adik-beradik termasuk dari JB telah turut hadir memeriahkan. Majlis kenduri akan diadakan di JB pada 1Nov manakala di Batu Kikir pada minggu berikutnya. Semoga mereka bahagia dan kekal berumahtangga hingga akhir hayat. Amin.

Sakit Gigi


Setelah dapat kebenaran daripada doktor bertugas, aku minta pembantu doktor untuk snap foto aku masa sedang mendapat rawatan pergigian di Klinik Azizah di Serdang. Aku rasa orang lain juga akan cuba mengelak untuk ke doktor gigi kecuali "terpaksa".


Namun sebagai pengajaran kepada anak-anak aku dan pembaca blog ini; aku paparkan juga pengalaman aku di klinik gigi ini. Semoga semua akan rajin jaga kebersihan mulut & gigi.

Wednesday, October 15, 2008

Kemalangan Berhampiran IJN

Orang ramai membantu menebalikkan kancil itu semula agar lalu-lintas kembali lancar
Kancil remuk. Kaca bertaburan.

Pemandu Kancil yang terselamat tetapi menggeletar.
Hari ini aku kena pergi kursus penulisan memo/surat berkualiti di Hotel Vistana, KL. Dalam perjalanan di Lebuhraya Tun Razak, terserempak kemalangan baru berlaku. Nasib baik tiada kemalanan jiwa berlaku. Semoga jadi pengajaran kepada semua. Berhati-hati kertika di jalanraya.







Monday, October 13, 2008

Sukimin & Famili




En. Sukimin ni dulu GB di SK Putrajaya 2, Presint 9. Sekarang sekolah tu dah tukar nama kepada SK Putrajaya Presint 9 (1). Memang dia ni pakar komputer. Jadi aku ambil kesempatan minta tolong solek blog aku agar setanding dengan blognya......

Hakim anak Kojak


Kojak & Famili datang beraya hari ini. Janji pukul 8pm nak sampai tapi 9.30pm baru nampak batang hidung. Nama Kojak sebab dulu masa kecil - botak macam Telly Savalas (Kojak). Ini foto anaknya Hakim. Aku paksa dia orang beli kupon Karnival Amal SK Kinrara 2 sbb mereka tinggal di Puchong.

Sue Robson, Head,School of Education, Newcastle Univ

Harap maaf, cubaan pertama post video. Kalau ada sesiapa boleh bantu betulkan, sangat-sangat dialu-alukan. Cik Sue Robson sedang menyampaikan ceramah bertajuk Thinking Skill Taxonomies. Ceramahnya sangat menarik terutama cara-cara mengingat/berfikir, faktor2 bantu mengingat/berfikir dll. Yang paling best - Jamuan Nasi Kerabu (complete set - daging saali, ikan goreng salut tepung, telur asin, keropok dll).

Audit ISO di BPK


BPK telah mendapat pengiktirafan ISO 9001. Untuk memperbaharui pengiktirafan tersebut, 3orang pegawai daripada IES telah menjalankan audit di BPK dari 08.30am - 4.30pm. Antara bidang yang dinilai adalah latihan, kepuasan pelanggan dan kemaskini rekod.

2nd. Raya Bersama Sahabat Haji


Pada 12hb. Okt. 2008, 12.30pm sahabat-sahabat sebilik semasa di Mekah dahulu berkumpul di rumah Hj. Yahya di Sentul. Sungguh gembira dapat berjumpa semula dengan Hj. Hamid, Hj. Sarpin, Hj.Nordin serta pasangan masing-masing. Terima kasi kepada Hj. Yahya yang telah bersusah payah menyediakan jamuan dan berusaha kumpulkan kami semua. Bila agaknya dapat jumpa dengan sahabat-sahabat dari Melaka pula? Masalah tak boleh tidur berbaring Hj. Yahya nampaknya terbawa-bawa ke sentul. Duduknya dan serupa berbaring.......

Sunday, October 12, 2008

Khaidir & Family Beraya




Sahabat lama dari Sekolah rantau PETRONAS yang kini kerja di Perak datang beraya bersama familinya. Dulu sama-sama berulang balik ke JB. Kini dia dah Ketua Bidang di salah sebuah sekolah menengah di Teluk Intan. Tak lama lepas buat posting ni, Fandi & isteri turut hadir juga.

Saturday, October 11, 2008

Azlan Beraya di Rumah Shamsul


Azlan bersama famili beraya di rumah Shamsul. Bila pula di rumahnya? Posting ini dilakukan di laman rumah Shamsul - untuk buktikan wi-fi dari rumah aku boleh diakses di situ.

Kawan Arif Datang Beraya


Kawan-kawan Arif darang beraya. Guru-guru pelatih kini tak macam dulu. Masing-masing dah berkereta. Handphone canggih. Tapi duit masih mintak mak bapak...... Yang paling aku tak gemar, ada yang merokok! Macam mana kat sekolah nanti nak nasihat murid agar jangan merokok!

Hamid Datang Beraya


Sahabat lama dari Benut, Pontian, Johor bersama familinya datang beraya di Putrajaya. Hebatnya Cikgu Hamid ni, dari mula posting (1981) hingga kini masih setia bertugas di SK Sri Bahagia, Benut, Pontian. Untuk makluman juga, Hamid (walau pun masih bujang ketika itu) merupakan ketua rombongan semasa meminang Anum (isteri aku sekarang). Aku sungguh amat terhutang budi kepadanya.

Wednesday, October 1, 2008

Memori dgn Muhamad Zainolazhari



Al-Fatihah

Nama penuh : Muhamad Zainol Azhari b. Razali

Umur : 31 tahun

Ini merupakan antara foto terakhir dalam simpanan yang memaparkan Arwah Dino (nama mesra) sewaktu hari keluarga Hj. Selamat di UPM (makan durian). Dino merupakan anak sulung arwah Kak Eton dan Abg Zali. Dino ke KLumpur kerana "menjaga" Shahrin (adiknya) yang kemalangan sewaktu bertugas sebagai Lifeguard di kolam renang Presint 9, Putrajaya. Penglihatan Shahrin kabur akibat terkena letupan klorin sewaktu hendak mencuci kolam tersebut.


Dino meninggal dunia pada 1 Ogos 2008 akibat kemalangan semasa menunggang scooter Gilera di Semenyih. Dino tiba-tiba rebah sewaktu dalam perjalanan ke Rumah Zaharan di Semenyih.


Dino telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Alif, Tampoi, JB. Al-Fatihah. Semoga arwah dimasukkan dalam gulungan yang dirahmati. Amin.

Foto Raya

JU, Aina, Fathiyah, Nurul, Farhana

Famili Ketin


Famili Zaharah



Raya 2008

Sejak arwah bapak meninggal, tahun ni adik beradik buat keputusan beraya di Bangi; di rumah Kak Nap. Memandangkan 4 orang adik beradik berada di sekitar Bangi dan Kak Nap sebagai yang sulung (selepas arwah Kak Eton) semua setuju.

Katanya famili Kak Pah pun akan datang diri JB petang ni. Manja pula tak tentu lagi.

Ketin, Zaharah, Kak Nap & aku datang dengan famili masing-masing (lengkap). Shahrin, Jeff (suami Ju) turut hadir. Famili Zaharah temanya warna ungu, kak Nap- biru, Ketin dan aku tema campur....

Kak Nap buat ketupat, rendang ayam, kari ayam dan lodeh. Seronok dapat jumpa adik-beradik.