Friday, August 5, 2011

Thursday, August 4, 2011

Bekas Guru Disiplin: Ulasan Peribadi


Harian Metro, 04 Ogos 2011, ms23A, Api Emosi
JOHOR BAHRU: Sesi pertemuan antara ibu bapa pelajar SMK bandar Baru UDA dengan pengurusan sekolah berkaitan dakwaan anak mereka digari serta dilayan ala banduan, semalam, tegang.

Sebagai bekas Guru Disiplin dan pernah anjurkan program hampir serupa, aku rasa tercuit untuk memberi pandangan berhubung kes ini.
Sewaktu di SK Ptrajaya 2, Presint 9 dulu, berlaku dalam satu sesi tahun persekolahan terdapat ramai murid yang punyai masalah disiplin. Antara kesalahan yang dilakukan adalah merosakkan harta sekolah [pecahkan lokar sekolah], bergaduh, ponteng sekolah dan ugut (?) - minta duit (secara paksa) murid Tahun 1. Setelah merekodkan segala kesalahan mereka dan mendapat persetujuan daripada GPK HEM, aku hubungi IPD Putrajaya untuk "lawatan" ke lokap polis.
Dengan andaian lawatan sambil belajar seperti yang lazimnya dianjurkan, murid-murid "terpilih" tiada masalah untuk terlibat dalam lawatan tersebut. Ramai kawan mereka yang tidak dipilih datang berjumpa aku kerana ingin turut serta. Pada hari lawatan, aku ajak sama anak aku, Amirul yang ketika itu berada dalam Tahun 5.
Sebaik sahaja semua murid itu masuk dalam Bilik Taklimat, seorang pegawai polis [India] yang berpangkat Inspektor dengan garang dan ganasnya telah bertanya kepada murid pertama di sebelahnya; apa kesalahan yang telah dilakukan dan menyebabkan dia "terpilih" untuk lawatan itu. Dia menjawab sambil "tersengih" dan sedikit ketawa. Dia segera telah dijerkah oleh pegawai polis tersebut. Murid itu mulai menangis kerana takut. Selepas itu murid-murid lain tanpa ditanya segera menjawab kesalahan dan ada yang dah mula bergenang air matanya. Amirul yang sekadar suka-suka ikut lawatan juga terkena tempiasnya kerana polis tu tak tahu dia sekadar ikut bapaknya membuat lawatan ke IPD Putrajaya.
Kebaikan daripada program itu; sebilangan besar murid yang bersama aku dalam lawatan tersebut, tiada lagi datangkan masalah kepada aku. Mereeka sedar jika terus lakukan kesalahan disiplin hidup mereka akan susah.
Berbalik kepada laporan akhbar Metro tersebut, jika boleh aku nak lihat, 10 tahun akan datang di manakah murid-murid itu berada. Adakah mereka berjaya menjadi "manusia"?


Aku juga berkesempatan baca Berita Harian berkenaan kes yang sama. Di Berita Harian terpapar gambar seorang wanita yang begitu beremosi menyuarakan pendapatnya. Aku juga percaya wanita itu mungkin tidak pernah hadir mesyarat PIBG atau datang ke sekolah semasa Hari Terbuka ............
Dari sudut ini aku amat bersyukur, anak-anak aku walau pun ada ketikanya nakal, tetapi masih lagi boleh terkawal. dan aku dan Anum tidak bertindak melulu.......

Wednesday, August 3, 2011

Bila giliran kita?



Alhamdulillah. Allah panjangkan umur aku dan dapat jumpa Ramadhan tahun ini. Alfatihah untuk arwah Kang Man, Emak dan Bapak yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga mereka termasuk dalam kumpulan yang beriman. Amin.

Lampu Isyarat Pintar

Isu ni aku dah nak tulis beberapa minggu lalu, tapi hanya sempat post tajuknya sahaja. hari ini aku terpaksa luangkan masa sebab akibatnya terjadi lagi pada aku pagi tadi sewaktu hendak ke tempat kerja.

Kalau para pengguna jalanraya di kawasan yang telah membangun perasan, sebelum tiba di persimpangan yang terdapat lampu isyarat, terdapat "garisan" hitam berbentuk segiempat melintang di jalanraya. Garis segiempat hitam tersebut berperanan sebagai "sensor" untuk mengesan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Pengguna jalanraya perlu "melanggar" atau melalui di atasnya untuk mengaktifkan lampu isyarat di hadapan.

Terdapat sesetengah pemandu [maaf: selalunya wanita] yang terlalu "baik" yang berhenti agak jauh dari lampu isyarat sehingga tidak mengaktifkan "sensor" tersebut. Jadi sistem lampu isyarat tidak mengesan sebarang aktiviti kenderan daripada jalan tersebut yang menyebabkan lampu isyarat tidak akan bertukar hijau.

Pernah aku jumpa sewaktu balik kerja, seorang pemandu kereta [maaf lagi: wanita] dengan muka selamba menjeling cermin sisi apabila pemandu di belakang membunyikan horn dan memberi isyarat suruh bergerak sedikit ke hadapan kerana lampu isyarat telah beberapa pusingan tidak bertukar hijau. Bilangan kenderaan telah panjang sehingga hampir 100meter di belakang.

Jadi kepada sesiapa yang membaca post ini, dipohonkan agar dapat sampaikan maklumat ini kepada para pengguna jalan raya yang lain; dapat pahala & elakkan pengguna "naik angin".

Wednesday, July 27, 2011

Pelbagai cara pegang tangan













Kemalangan Ngeri

Motor Berkecai. Enjin terpisah jauh.

Jenazah mangsa kemalangan setelah sebelum diangkat ke "Land Rover"


Seorang mangsa lagi ditutup kain.


Sewaktu perjalanan ke Lumut, bas kami terserempak dengan kemalangan ngeri yang baru berlaku. Sebuah lori besar telah melanggar sebuah motosikal yang menyebabkan kedua-dua penunggangnya maut. Amat Ngeri .......