Wednesday, March 26, 2014

En. Norazmar

Apabila aku ter'klik' entri draft, terjumpa beberapa entri lama yang aku mungkin lupa nak publish. Entri erikut adalah antaranya. 

        
             Aku mula kenalnya semasa masuk kerja di EPRD. Kebetulan ruang kerjanya terletak bersebelahan. Jika tiada tugasan luar, beliau akan awal ke pejabat. Walaupun ada masanya aku rasa dah amat awal ke pejabat, tapi bila tiba di meja, En. Norazmar yang dah siap segak bertalileher akan menegur aku. 
             
             Beliau kerap menolak jika diajak bersarapan sama. Kami hanya keluar makan tengah hari bersama. Ada masanya ke Sungai Ramal dan pernah ikut aku balik makan di rumah. Sebelum ke EPRD beliau bertugas di JPN Melaka. Beliau punyai ramai kenalan di KPM. JIka sahabat perlukan bantuan, aku selalu rujuk kepada beliau.

                  Akibat penstrukturan semula di EPRD di mana semua pegawai perlu ijazah, kami membawa diri masing-masing. Beliau dan beberapa rakan ke Bah. Sekolah, ke JPN Selangor, ke BTP, tapi aku pilih untuk ke BPK. tidak ketinggalan ada juga yang ke Lembaga Peperiksaan.

                    Sejak di serang sakit jantung, beliau di bawah jagaan adiknya yang juga seorang jururawat di Alma Jaya, Bukit Mertajam. Memandangkan salur pernafasannya masih tidak dibuka, panggilan telefon dan SMS hanya melalui adiknya itu.

                     Minggu ni aku nekad nak ke Bukit Mertajam naik kereta api [sambil bercuti]. Malangnya tiket habis. Aku dan Anum naik bas jam 10pm. Kami dijemput oleh adik En. Norazmar jam 3.30am di R&R Juru.

[Bersambung ...........]

1 comment:

Anonymous said...

puitis sungguh... harap baik2 saja pak..hehe