Wednesday, March 26, 2014

140320-23 Jama' Laporan


20 Mac 2014 [Khamis] Bergegas ke Paka kerana penyewa rumah dah keluar. Kebetulan ada penyewa baru nak masuk. Terpaksa ambil cuti sehari. bertolak jam 7.30am dan tiba di Paka selepas Zohor. Terus jumpa sahabat lama, Us Aripen yang bertugas sebagai Penyelia petang di SK Paka. Beliau dah tolong ambil kunci rumah daripada penyewa lama.

Hebat Us. Aripen. Kini dah berkereta Honda City baru.  

Keadaan rumah yang agak berselerak. Penyewa lama hanya ambil barang-barangnya sahaja. 

Halaman rumah bersepah dengan tinggalan barang penyewa lama. Dah siap bawa penyapu dan pelbagai alat untuk bersihkan rumah. Tapi akhirnya tak perlu.

 Kebetulan penyewa-penyewa baru; 7 jejaka bujang dari Kelantan bersedia untuk bersihkan rumah untuk mereka tinggal. 
 Nazirul, ketua penyewa sedia bayar deposit dan janji akan jaga rumah.


 Dalam perjalanan pulang, sempat singgah berhampiran Shell selepas gerbang sempadan Pahang untuk jamah abc dan satar.


 22 Mac14 [Sabtu] Sempat hantar sekumpulan pelajar perempuan bersama En. Hasnan ke Cheras untuk Program Pandu Puteri.
 Tengah hari sempat hadir Kenduri Staf KPI; En. Rashid & Pn. Nora. Lepas tu memadu ke Melaka untuk hadir kenduri sahabat MPB yang kini KJ BInggeris di IPG PMelayu Melaka, En. Marzuki.


 Sempat jumpa Chet, yang kini bertugas di ELTAC.


Bersam Hafiz, suami Azlin
Pada Ahadnya pula sempat ke rumah Azlin, sakan sepejabat  untuk kenduri kesyukuran anak ke-4nya.

No comments: