Monday, December 29, 2014

141228 Ita datang ziarah


Ita dan famili singgah dalam ziarahnya ke majlis kenduri anak arwah Jeman di Sungai Pelek, Sepang. Ita dan suami berniaga warung di Taman Daya, Johor Bahru. Menantunya, Syamir bertugas di PICC.


Adik beradik Ita ada 6 orang. Azman, Azlan, Ita, Azuan, Azmi dan ???. 
Azman, anak sulung sebaya dengan aku telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu akibat demam. 

Emak Ita, arwah Kak Mami adalah sepupu aku. Dahulu mereka pernah tinggal di kuaters Sultan di Stulang. Arwah Kang Pangkreng (Mahras) adalah penjaga kuda sultan. Semasa kecil aku sangka kang Pangkreng hebat kerana ada signboard "Parking" di kawasan kuaters. Aku sangka kuaters tu dia punya!! Hingga kini aku akan tersenyum bila ingatkan hal ni.

Adik beradik arwah Kak Mami adalah arwah Kang Long (Jajuli), Kang Tarhim dan Dr. Zairi. 

141224 Rumah Baru Iddeen


Dapat jemputan daripada Dr. Zairi (sepupu) untuk hadir Majlis Rumah Baru anaknya, Iddeen di Seri Kembangan. Datang 2 hari awal sebab (Majlis sebenar pada malam 25hb) perlu ke Melaka untu Hari Keluarga Famili Selamat pada tarikh yang sama.

Dr. Zairi kini telah bersara. Isterinya masih mengajar di Kota Bharu, Kelantan. Emak Dr. Zairi yang kami panggil Wak Disah merupakan anak sulung dan arwah mak merupakan anak bungsu (daripada bapa yang sama). Arwah nenek ada anak (Paman Pungut) bersama suami baru.

141221 Makan Sefamili - Lengkap!


Dah lama tak makan bersama (anak beranak). Memandangkan tarikh 21hb. semua ada, maka keputusan diambil untuk makan malam di Cheras. Restoran Murni Cheras dipilih. 



25 - 27 Dec 2014 SELAMAT Family Gathering

Sarapan dulu di kedai makan sebelah Klinik Kasut Pak Din di Sg. Merab. Order kami bermasalah. Makanan dah habis tapi minuman tak sampai lagi. Rupanya ada masalah komunikasi antara waiter dan tukang buat air.

Amni pun nak ikut...... Siap riben merah besar.

Acara rasmi pertama: Majlis Yasinan & Tahlil di Masjid Al-Alami MITC. Selepas solat Isyak juga di adakan Solat Hajat sempena musibah banjir yang melanda.


Jamuan selepas Tahlilan yang di taja oleh Kak Pah.

Jemaah wanita yang hadir turut menjamu selera. Kehadiran ahli famili Selamat masih tidak lengkap. Tuntutan tugas dan kesukaran bercuti halang beberapa ahli datang awal. 

He.. he.. Sempat melaram.

Sebaik tamat jamuan kami ke Dataran Pahlawan. 

Jumpa sahabat lama semasa belajar di MPB, En. Ali Azizan di Restoran Ibu Ani, MITC. 

Makan tengah hari asam pedas & ayam goreng mamak hari kedua ditaja Manja.

Famili Zaharah tak lengkap. Aina, anak perempuannya di UUM tak dapat cuti.

Selepas makan tengah hari, berbowling.

Malam tu makan malam di Parameswara, Umbai Ikan Bakar. Wah! agak lumayan menu yang disediakan. Makan di taja oleh Kak Nap.

Kecuali Farhana & Md Zin, famili Odin hadir majlis makan malam ini.

Masing-masing menjamu selera. Masih ada lebih sebab ada ahli yang masih belum dsampai lagi (Famili Roselin)

Monday, December 15, 2014

141206 Seminggu Sukarelawan di Sarawak

Sempat bermotor dengan SHamzah ke Asajaya dan Sadong Jaya.

Feri menghampiri jeti untuk bawa kami ke Kota Semarahan. Jika air surut tiada perkhidmatan feri ini.

Atas feri Semarahan ke Kampung Tambirat

Tiket & bekalan ke Kuching dengan menaiki Bas. Tambang RM3 sahaja.

Asalnya tidak ramai yang nak ke Kuching pagi tu.

Isteri, Nurul, baby & Fathiyah ikut datang bercuti ke Sarawak

Tunggu nak lihat buaya "melompat"

Melawat kilang kek Sarawak

Melawat Masjid Negeri Sarawak

Jumpa Famili Hamid Jumaat. Sahabat sejak bujang yang tinggal di Simpang Renggam, Johor

Sahabat, Hj ARahman & isteri belanja makan malam di seberang sugai di Waterfront

Baby Amni tak banyak kerenah sepanjang lawatan ke Sarawak

Jumpa famili Hamid sebelum terbang balik di lapangan terbang

Bersama petugas Rumah Bidayuh

Pahlawan Iban yang lucu & mahir menari

Tak sempat "menyumpit"

Penghulu Kampung Tambirat yang masih gagah dan adiknya

Imam Masjid Kampung Tambirat

Jeti Sungai Buluh, Sadong Jaya

Menyeberang sungai di Waterfront

Perjalanan balik dari seberang ke Waterfront

Di hadapan Dewan Mesyuarat ADUN Negeri Sarawak

Bersama "pilot" IPG Kampus Tun Abd. Razak, En. Hamid yang sangat dedikasi dan ramah

Tuesday, October 21, 2014

141020 Tazkirah Dzohor


Us. Wan Yusof - Masjid As-Shafie IPG Kampus Pend Islam

Tajuk : Adab Menuntut Ilmu
1. Ikhlas - bukan utk menunjuk, terpaksa, kehadiran diambil
2. Dengar dgn baik, khusu', fokus
3. Fahami ilmu yang disampaikan. Bertanya jika perlu
4. Catat isi penting
5. Beramal dengan ilmu yang diterima
6. Sebarkan ilmu kepada orang lain
  

141019 Sahabat Berziarah



141019 Langkah Ceria Putrajaya



Friday, October 17, 2014

141014 SK Putrajaya 2, Presint 9 [terkini]

Kebetulan pagi tu ada 2 pelajar KPI yang perlu rawatan dan temujanji doktor di klinik. Disebabkan tiada kenderaan pejabat dan pegawai kebajikan yang free maka aku tawarkan diri untuk hantar mereka. Biasanya pelajar dihantar ke Klinik Bandar Baru Bangi untuk dapatkan rawatan kesihatan.

Sebaik berada dalam kereta barulah pelajar maklumkan bahawa mereka perlu ke klinik Putrajaya untuk rawatan susulan. Jauh tu. Kalau ke Putrajaya kena tunggu hingga habis rawatan dan bawa pelajar balik. Tak boleh tinggal dan suruh balik sendiri. Kos teksi Putrajaya - KPI boleh cecah RM30!


Sementara tunggu, aku singgah ke SK Putrajaya 2, Presint 9. Aku pernah bertugas di situ dari tahun 2000 - 2006. Masih ramai guru lama yang masih bertugas di situ. Antaranya Cikgu Rizal & Pn. Hasnah.

Pn. Norriah pula masa dulu adalah guru biasa di situ. Setelah bertukar ke Presint 11 dan dinaikkan pangkat GPK, dia telah ditukarkan ke situ sebagai GPK HEM.