Friday, October 17, 2014

141014 SK Putrajaya 2, Presint 9 [terkini]

Kebetulan pagi tu ada 2 pelajar KPI yang perlu rawatan dan temujanji doktor di klinik. Disebabkan tiada kenderaan pejabat dan pegawai kebajikan yang free maka aku tawarkan diri untuk hantar mereka. Biasanya pelajar dihantar ke Klinik Bandar Baru Bangi untuk dapatkan rawatan kesihatan.

Sebaik berada dalam kereta barulah pelajar maklumkan bahawa mereka perlu ke klinik Putrajaya untuk rawatan susulan. Jauh tu. Kalau ke Putrajaya kena tunggu hingga habis rawatan dan bawa pelajar balik. Tak boleh tinggal dan suruh balik sendiri. Kos teksi Putrajaya - KPI boleh cecah RM30!


Sementara tunggu, aku singgah ke SK Putrajaya 2, Presint 9. Aku pernah bertugas di situ dari tahun 2000 - 2006. Masih ramai guru lama yang masih bertugas di situ. Antaranya Cikgu Rizal & Pn. Hasnah.

Pn. Norriah pula masa dulu adalah guru biasa di situ. Setelah bertukar ke Presint 11 dan dinaikkan pangkat GPK, dia telah ditukarkan ke situ sebagai GPK HEM. 



No comments: