Monday, December 29, 2014

25 - 27 Dec 2014 SELAMAT Family Gathering

Sarapan dulu di kedai makan sebelah Klinik Kasut Pak Din di Sg. Merab. Order kami bermasalah. Makanan dah habis tapi minuman tak sampai lagi. Rupanya ada masalah komunikasi antara waiter dan tukang buat air.

Amni pun nak ikut...... Siap riben merah besar.

Acara rasmi pertama: Majlis Yasinan & Tahlil di Masjid Al-Alami MITC. Selepas solat Isyak juga di adakan Solat Hajat sempena musibah banjir yang melanda.


Jamuan selepas Tahlilan yang di taja oleh Kak Pah.

Jemaah wanita yang hadir turut menjamu selera. Kehadiran ahli famili Selamat masih tidak lengkap. Tuntutan tugas dan kesukaran bercuti halang beberapa ahli datang awal. 

He.. he.. Sempat melaram.

Sebaik tamat jamuan kami ke Dataran Pahlawan. 

Jumpa sahabat lama semasa belajar di MPB, En. Ali Azizan di Restoran Ibu Ani, MITC. 

Makan tengah hari asam pedas & ayam goreng mamak hari kedua ditaja Manja.

Famili Zaharah tak lengkap. Aina, anak perempuannya di UUM tak dapat cuti.

Selepas makan tengah hari, berbowling.

Malam tu makan malam di Parameswara, Umbai Ikan Bakar. Wah! agak lumayan menu yang disediakan. Makan di taja oleh Kak Nap.

Kecuali Farhana & Md Zin, famili Odin hadir majlis makan malam ini.

Masing-masing menjamu selera. Masih ada lebih sebab ada ahli yang masih belum dsampai lagi (Famili Roselin)

No comments: