Tuesday, April 20, 2010

Supper Dgn Nurul

Mee Mamak Pedas [Tapi bukan mamak yang goreng!]
Terlalu berselera Kakak Nurul

Bersungguh aku dgn rakan sebilik, Ilham - IPG KPBA menunggu 8.30pm untuk sesi pertama Mesyuarat Verifikasi Data Pelajar IPG. Rupanya urus setia hanya maklumkan taklimat haouse keeping dan jadual mesyuarat. Pukul 9.00pm dah selesai.
Duduk di bangku pun tak panas lagi. Nasib baik kudapan malam dah siap. Aku bungkus kuih dan telefon Kakak Nurul untuk makan [lewat] malam. Dia ajak ke Ulek Mayang - Seksyen 7, Shah Alam. Aku order Mee Goreng Mamak / Mee mamak Goreng [Pakar bahasa, yang mana betul?] Tapi Mamat Melayu yang goreng. Rasanya 8/10. Boleh dicadangkan untuk yang berminat kerana tempatnya bersih, layanan mesra dan makanan order - cepat sampai.

Mesy @ Gold Course Klang

Program: Mesyuarat Verifikasi Data Pelajar IPG - KPI
Tarikh : 20 - 22 April 2010
Tempat : Hotel Gold Course, Klang

Monday, April 19, 2010

Simpang Jalan

Dalam perjalanan aku ke pejabat setiap hari, aku akan lalui SK Abu Bakar Baginda. Kedudukan sekolah tersebut yang terletak di persimpangan jalan yang agak sibuk selalu menyebabkan aku perlu lebih berhati-hati dan bimbang ketika memandu. Antara yang menyumbangkan kebimbangan aku adalah perlakuan individu-individu yang tidak peka kepada keadaan sekitar.
1. Ibubapa hantar anak ke sekolah
a. Kerihatinan ibubapa hantar anak ke sekolah patut dipuji. Tetapi yang paling aku tak setuju adalah mereka berhenti dengan lama untuk urusan seperti beri duit sekolah, salam dan ambilkan beg. Pernah aku lihat ada yang beri "kata-kata nasihat" walhal di belakangnya banyak kereta tersangkut kerana lorong jalan sempit.
b. Ada pula ibubapa yang mungkin ada urusan dengan sekolah "sanggup" parking berhampiran pintu pagar sekolah. Dahlah jalan sempit, ibubapa lain dah tak oleh turunkan anak mereka di situ. Guru-guru pula terpaksa membelok masuk ke sekolah dari lorong kanan jalan.

2. Pembeli sarapan
Ada sebuah warong yang betul-betul terletak di simpang lampu isyarat kira-kira 10 meter dari sekolah. Pembeli-pembeli di warung pun letak kereta & motorsikal sewenang-wenangnya hingga ganggu lalulintas. Aku ada kalanya hampir lewat ke pejabat akibat tersangkut di persimpangan ini.

Ulasan
Rasanya kebiasaan seperti aktiviti beri nasihat akhir, beri duit sekolah, dan peluk cium anak [terutama yang punyai lebih dari satu anak sekolah] boleh dilakukan di rumah [sebelum menaiki kenderaan]. Ini dapat melicinkan dan elak kesesakan di kawasan sekolah.
Warung jualan tu patut dipdahkan ke lokasi lain. Jika peniaga tak nak beri kerjasama, alihkan simpang @ jalan ke tempat lain ..........

Sekelip Mata

Hari ini Jawa Rangers menggantikan Fafau dan FBI mengendalikan siaran pagi Hot.fm. Selepas slot panggilan hangit maka pendengar dipelawa memberi respon melalui SMS, e-mel atau paggilan telefon tentang tajuk yang dipilih. Tajuk pagi ni ialah "Sekelip Mata"
Ada pendengar yang beri respon yang duitnya habis sekelip mata akibat bershopping sakan. Ada pula seorang pendengar lelaki yang ceritakan tulang sup kawannya sekelip mata terbang ke meja sebelah akibat kesilapan semasa makan di warong. Tetapi yang paling melekat di ingatan aku adalah respon dari seorang pendengar lelaki yang katanya, "Dalam sekelip mata kelebihan 2 gol Arsenal hilang apabila Wigan berjaya jaringkan 3 gol dalam 10 minit terakhir".
** Nota
Sebenarnya aku hanya tonton separuh masa sahaja sebab yakin Arsenal akan menang dengan mudah dan tambahan pula di saluran lain sedang ditayangkan "Shah Rukh Khan - Revealed". Tetiba aku terima SMS dari Minjuk "Wigan pun main hantu ke? [sebelum ni aku acah Minjuk MU main hantu sebab jaringkan gol saat akhir ketika lawan Man City]
Nampak gayanya Wenger kena cari bomoh yang berkaliber juga ... he 3x!

Ala Warong

Kesempatan untuk aku dengar radio agak terhad masa kini. Jika memandu Rusa atau Kelisa untuk ke pejabat, waktu pagi aku suka dengar Hot.fm tetapi jika balik ke rumah aku alih ke Klasik Nasional. Selain pilihan lagu dan celoteh DJ, aku selalu hairan bila dengar iklan-iklan yang dikeudarakan.
Antara iklan yang aku maksudkan adalah mengajak pendengar makan "Nasi Goreng Ala Warong". Tak tahulah kalau orang lain, tapi aku kalau nak makan nasi goreng sekurang-kurangnya MESTI "ala di rumah", tak mungkin aku order yang "ala warong". Terbayang mamak atau tukang masak yang apronnya dah 3 hari tak tukar, hilang selera.......

Individu yang timbulkan idea "nasi goreng ala warong" ni mungkin dah tak waras agaknya.

Friday, April 16, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah v IPG-KPI

Gerbang baru IPG - KPI mula diguna pagi ni. Ia akan menjadi simbol baru kepada IPG - KPI.

Nota
IPG = Institut Pendidikan Islam
KPI = Kampus Pendidikan Islam

Thursday, April 15, 2010

my Daily Breakfast



1. I am very fortunate.
2. Every morning my lovely wife would prepare my breakfast;
- a mug of hot Neslo [combination of Nescafe and Milo]
- 2 half-boiled eggs
- a small bowl of warm oat.
3. Normally I would have my breakfast while switching [watching?] between TV3' s Malaysia Hari Ini , TV1's - Bicara Mufti and Astro's -Sport 811, 812 & 813.
4. By 10am, at the office, while reading my discounted priced Kosmo [RM0.70], I would have a mug of hot Nescafe's "3 in 1 - Regular" and some biscuits.