Sunday, October 12, 2008
Saturday, October 11, 2008
Azlan Beraya di Rumah Shamsul
Kawan Arif Datang Beraya
Hamid Datang Beraya
Sahabat lama dari Benut, Pontian, Johor bersama familinya datang beraya di Putrajaya. Hebatnya Cikgu Hamid ni, dari mula posting (1981) hingga kini masih setia bertugas di SK Sri Bahagia, Benut, Pontian. Untuk makluman juga, Hamid (walau pun masih bujang ketika itu) merupakan ketua rombongan semasa meminang Anum (isteri aku sekarang). Aku sungguh amat terhutang budi kepadanya.
Wednesday, October 1, 2008
Memori dgn Muhamad Zainolazhari

Al-Fatihah
Nama penuh : Muhamad Zainol Azhari b. Razali
Umur : 31 tahun
Ini merupakan antara foto terakhir dalam simpanan yang memaparkan Arwah Dino (nama mesra) sewaktu hari keluarga Hj. Selamat di UPM (makan durian). Dino merupakan anak sulung arwah Kak Eton dan Abg Zali. Dino ke KLumpur kerana "menjaga" Shahrin (adiknya) yang kemalangan sewaktu bertugas sebagai Lifeguard di kolam renang Presint 9, Putrajaya. Penglihatan Shahrin kabur akibat terkena letupan klorin sewaktu hendak mencuci kolam tersebut.
Dino meninggal dunia pada 1 Ogos 2008 akibat kemalangan semasa menunggang scooter Gilera di Semenyih. Dino tiba-tiba rebah sewaktu dalam perjalanan ke Rumah Zaharan di Semenyih.
Dino telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Bukit Alif, Tampoi, JB. Al-Fatihah. Semoga arwah dimasukkan dalam gulungan yang dirahmati. Amin.
Raya 2008
Katanya famili Kak Pah pun akan datang diri JB petang ni. Manja pula tak tentu lagi.
Ketin, Zaharah, Kak Nap & aku datang dengan famili masing-masing (lengkap). Shahrin, Jeff (suami Ju) turut hadir. Famili Zaharah temanya warna ungu, kak Nap- biru, Ketin dan aku tema campur....
Kak Nap buat ketupat, rendang ayam, kari ayam dan lodeh. Seronok dapat jumpa adik-beradik.
Subscribe to:
Posts (Atom)