Tuesday, October 7, 2014

141002 Abang Ipar Meninggal Dunia

Abang ipar #2, almarhum Mohd Nuh b. Abdul [Abg. Nuh] suami kepada Kak Nap meninggal dunia di Hospital Serdang pada pukul 10.10am 2 Okt 2014 [Khamis]. Beliau meninggalkan seorang isteri, 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan.



Almarhum adalah pesara FELCRA. Pernah menjawat Pengarah FELCRA NSembilan. Sewaktu aku masih belajar dulu, aku pernah ikut beliau "outstation" ke Kuala Terengganu. 



Sebelumnya beliau amat menjaga tahap kesihatannya dengan menjaga makanan dan melalukan aktiviti senaman seperti berjoging secara tetap. Setelah sakit akibat jangkitan dan ketumbuhan di paru-paru, beliau kerap ke Hospital Serdang dan pusat rawatan swasta. 



Jenazahnya selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Sg. Tangkas, Bangi selepas waktu Asar. Jenazah juga disembahyangkan di Surau Seksyen 1, Bangi selepas solat Asar.









Didoakan semoga semua dosanya diampunkan dan roh arwah dimasukkan dalam kumpulan mereka yang beriman.




No comments: