Friday, September 26, 2014

140925 Macam-macam

Semua AJK Majlis Perwakilan Penduduk [MPP] Sub Zon E Putrajaya telah dijemput ke acara solat hajat sempena pelajar Putrajaya akan mendudiki peperiksaan. Aku telah mendapat SMS, Whatsapp dan e-mel berhubung jemputan ke acara tersebut.


Silap aku sendiri, ambil mudah dan beranggapan biasanya acara keagamaan besar selalunya diadakan di Masjid Putra. Jadi petang itu dengan penuh yakin aku bermotor ke Masjid Putra. Agak terperanjat kerana masjid kosong. Aku fikir mungkin salah tarikh atau acara ditangguhkan.


Setelah aku hubungi AJK yang lain barulah aku sedar bahawa acara dilangsungkan di Masjid Besi. Oleh kerana dah masuk waktu Maghrib, amaka aku solat dahulu di situ. Sebaik selesai doa aku segera ke Masjid Besi.


Ramai AJK MPP yang telah hadir. Majlis pun dah separuh jalan. Namun begitu, alhamdulillah masih ada rezeki untuk aku. Sebaik habis solat Isya, jamuan makan malam berbungkus diedarkan. 

No comments: