Monday, October 31, 2011

Inovasi baru untuk perokok

Perokok kini punyai pilihan untuk bertukar gunakan teknologi yang lebih "mesra alam" untuk lepaskan gian mereka. Sebagai seorang yang pernah merokok dan kini amat anti rokok, teknologi ini boleh digunakan oleh perokok tegar dan bagi mereka yang bercadang untuk berhenti merokok secara beransur-ansur.

Khabarnya modal permulaan agak mahal kerana membeli set seperti foto di atas. Tetapi kos jangka panjang agak menjimatkan. Antara ciri kebaikannya adalah kebersihan kawasan persekitaran [tiada puntung rokok dan habuk yang menjengkelkan].

No comments: