Friday, October 21, 2011

111014 Kelana Jaya

Sejak aku bertugas di BPK sahabat aku Cikgu Nasir (sahabat semasa menajar di Sekolah Rantau PETRONAS) dari KTerengganu dah kemukakan rayuan untuk menunaikan haji di Mekah. Beliau yang sedang jalani rawatan di IJN secara berkala amat berharap dapat laksanakan Rukun Islam ke-5 tersebut. Aku turut bersedih apabila dimaklumkan pada tahun lepas, beliau masih belum terpilih menjadi tetamu Allah.
Tiba-tiba pada Rabu lepas beliau talipon mohon jemput di LCCT dan hantar ke Kelana Jaya pada Jumaat 14 Okt 2011. Katanya untuk elak kesulitan familinya dari KTerengganu hantar ke Kelana Jaya.

Didoakan semoga Cikgu Nasir, isterinya dan para jemaah haji yang lain dapat laksanakan ibadah dengan tenang dan pulang dengan selamat. Amin......

No comments: