Tuesday, September 13, 2011

Adakah MJ Telah Beriman?

Dapatan & Fahaman daripada Kuliah Maghrib di Surau Al-Muhajirin pada 12 Sept 2011
1. Manusia menilai iman orang lain melalui perbuatan & percakapan. Namun begitu jika seseorang itu telah beriman tanpa pengetahuan orang lain [terutama sewaktu saat-saat akhir kematian] hanya Allah yang mengetahui.
2. Jangan cepat menuduh orang lain tidak beriman [murtad]. Kita pula jangan lakukan perkara-perkara atau ungkapkan kata-kata yang boleh mengundang orang lain menganggap bahawa kita telah tidak beriman.
3. Adakah MJ telah beriman? Menurut pendapat penceramah, tiada bukti yang menunjukkan bahawa beliau telah beriman. Namun jika sebaliknya, hanya Allah yang maha mengetahui.

No comments: