Monday, December 14, 2009

Ushawan Berjaya


Dalam perjalanan balik ke Putrajaya kami singgah di Batu Pahat sebelum ke Muar untuk menikmati Mee Bandung spesial [di hadapan SM Sains]. Kami singgah di rumah sahabat lama, Hj. Jasman. Dari penampilan dan gaya duduk [foto di atas] pun dah boleh agak bahawa Hj. Jasman ni ushawan contoh yang telah berjaya membina empayar perniagaannnya sendiri. Zaman sama-sama bujang dulu, bersama Cikgu Wakhi Anuar kami menyewa rumah di Kampung Lama, Benut.
Kini Hj. Jasman menetap di Batu Pahat. Sesiapa berminat untuk ceburi bidang penternakan terutama kambing bolehlah hubungi beliau.

No comments: