Wednesday, November 4, 2009
Singgang Kepala Tenggiri
Setiap Selasa malam Rabu ada Pasar Tani di Presint 2, Putrajaya. Dah lama tak jenguk pasar tani tu. Malam tadi tergerak nak jenguk sambil test motor Karisma yang dah lama aku tak berkesempatan naik. Amirul dah macam mengempunya motor tu - kunci asyik dalam poketnya aje.
Setengah jam kemdian Anum dan aku balik sambil menjinjing ubi 1kg, apam balik dan 2 potong kepala tenggiri. Aku nak bayar, tapi Anum macam tahu je aku nak pakai banyak duit untuk bayar road tax & insurace Kelisa, dia buka dompet.
Pagi tadi selepas sarapan, Anum bekalkan aku ubi goreng sambil kata kepala tenggiri tu akan dimasak singgang tengah hari ni. Secara halusnya aku paham, dia suruh aku balik makan tengah hari. Sejak pindah IPIS, agak jarang aku balik makan sebab jauh.
Waktu makan tengah hari aku segera ke Bangi untuk settle road tax & insurance Kelisa dan segera balik. Hujan lebat, sampai van goyang sebab angin kuat. Tapi segala kesukaran berbaloi, enak makan singgang, udang sambal dan kelisi goreng garing.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment