Sunday, September 20, 2009

Teringat

Semalam, Anum dan anak-anak cadang nak ke Angsana untuk beli keperluan raya yang last minit. Sambil tu nak isi NGV van yang dah kering sejak tiba di R&R Pagoh 2.30am sebelumnya. Kami singgah di Bukit Alif, Tampoi untuk ziarah pusara Kang Man, Mak, Bapak, Kak Eton, dll. Sambil hadiahkan fatihah di pusara mereka, aku teringat di mana aku pada setiap kematian mereka.
Arwah Kang Man paling awal meninggal dalam famili aku. Ketika itu aku berumur 17 tahun, kerja di kilang besi di Tampoi sambil tunggu keputusan SPM (1977). Arwah Kang Man meninggal di Hospital Sultanah Aminah akibat komplikasi paru-paru dan kegagalan sistem buah pinggang. Aku sendiri yang hantar Arwah ke hospital. Tak sangka itu kali terakhir aku jumpa dengan arwah.
Arwah Mak pula meninggal sewaktu aku berada pada Tahun 1 di Maktab Peguruan Bahasa, Kuala Lumpur (Tahun 1980). Arwah mak sakit dan di masukkan ke Hospital Kuala Lumpur. Aku tak pasti apa sakitnya tetapi kali terakir sewaktu aku menziarahnya, mak mengadu kepalanya berdenyut amat sakit sehingga rasa tak tertanggung. Kami sewa sebuah kerena station wagon untuk bawa jenazah arwah ke JB. Selain pemandu dan pembantunya, aku dan arwah bapak duduk bersama jenazah di belakang.
Arwah Kak Eton pula meninggal pada tahun 1977. Masa tu aku kerja di Sekolah Rantau PETRONAS. Arwah meninggal akibat penyakit Barah payudara yang menyerang kembali walau pun arwah dan jalani pembedahan setahun sebelumnya. Arwah meninggal di Hospital Universiti Kuala Lumpur. Pernah sekali tu, arwah pernah minta aku temankannya untuk rawatan kimonya. Aku tak dapat penuhi hajatnya kerana ada urusan. Lama selepas itu bila aku tahu kesan sampingan selepas setiap rawatan. Baru aku tahu mengapa arwah minta aku temankannya.

2 comments:

Sukimin said...

aruah kak eton meninggal tahun 77 ke 87?

Pak Din said...

Pembetulan.
Arwah Kak Eton meninggal pada tahun 1997. Bukan 1977 atau 1987. Terima kasih atas keperihatinan Minjuk.
Al-Fatihah untuk Arwah Bapak, Emak, Kak Eton, Kang Man, dan semua muslimin dan muslimat.