Monday, September 21, 2009

Kecurian

Selepas tonton CSI malam tadi, aku, Abg Arif, Amirul & Shafiz tidur di ruang tamu. Memandangkan para hero ada bersama, maka aku setakat rapatkan daun pintu dan gril rumah. Kebetulan rumah arwah bapak lot hujung. Tingkap pun tak tutup untuk elakkan panas waktu tidur. Handphone O2 buruk aku aku charge tepi tingkap tu.

Pukul 6pagi Shafiz kejutkan semua orang. Ada orang masuk rumah! Dia yang baru keluar dari bilik air, perasan ada orang lari dan bunyi motor. Semua orang segera bangun dan check apa yang hilang. Hanya aku yang kurang bernasib baik. Handphone bersama chargernya lesap. Dompet yang aku letak di sisi sewaktu idur tercampak di luar rumah. Duit dalam dompet lesap. Nasib baik kad pengenalan dan kad kredit tak diambil.

Walau pun kehilangan handphone dan sedikit wang kami masih bersyukur kerana tidak dipengapakan. Pengajaran: SENTIASA BERWASPADA!!!!

Nota: Sesiapa yang baca entri ni, sila e-mail ke zydean@gmail.com untuk update no hp.

2 comments:

Sukimin said...

Kesian pak din... Memang kes pecah masuk umah ni kerap berlaku terutama menjelang musim perayaan. Sebelum puasa hari tu, rumah mak kat masai kena pecah masuk juga. Hilang barang kemar dan duit tunai. Sabar pak din. Psstt...MU menanglah mlm td lwn Man City

dirmas said...

how unfortunate!

sabar pak din.

Alhamdulillah pak din sekeluarga selamat