Sunday, March 22, 2009

Fulham - 2, Man U - 0

1. Sejak awal lagi aku dah agak, sesuatu kejutan akan berlaku. Mata aku tak rasa ngantuk pun hari ni walau pun siang tadi banyak "exercise" di Jalan Tengku Abdul Rahman KL .
2. Swatczer cukup tangkas hari ini. Dia berjaya menggagalkan 2 cubaan bahaya berturut-turut.
3. Kasihan Schols, kad merah untuk sentuh bola di kawasan penalti.
4. Tahniah Murphy yang ambil sepakan penalti. Jika Van De Sar lompat arah yang betul pun tak kan berjaya halang jaringan tersebut.
5. Rooney amat kecewa atas kekalahan MU. Lontaran bola keras kerana batal sepakan percuma sebabkannya dilayangkan kad merah.
6. Raza jaringkan gol gaya libasan sepak takraw.
7. Aku tak sabar baca ulasan akbar Metro dan Kosmo esok. Minggu lalu tajuk utama "Liverpool Belasah MU" dan "Liverpool HINA Man. U". Esok apa agaknya?
8. Semoga Minjuk tidak kecewa rekod 24 tahun lebur malam ni.

1 comment:

Sukimin said...

Syabas pak din di atas ulasan permainan ini. Syabas juga kerana berjaya menontonnya sampai habis. Hmmmm syabas juga kerana mempunyai gerak hati yang tepat. Walaupun kecewa dengan keputusan game tadi namun insyaallah minjuk tetap tabah....cewah!