Friday, March 6, 2009

Sup Power Sibu, Sarawak

Minggu ni aku ada tugasan di Sibu, Sarawak. Berdasarkan cadangan peserta taklimat, pakej yang aku sediakan diadakan di Hotel Tanahmas. Seramai 148 orang yang terdiri daripada GB dan GPK1 sekolah terpilih WP Labuan, Sarawak dan Sabah hadir.
Antaranya adalah Janudin, sahabat masa di Sekolah Rantau PETRONAS dahulu. Kini dia GPK1 di SK Annau, dekat Bintulu. Amat seronok dapat jumpa kawan lama. Pada malam kedua, selepas tamat sessi taklimat malam, kami meronda-ronda sekitar Sibu untuk cari Taman Harmoni (lokasi gerai Sup Power).
Sekitar 11.30pm baru jumpa. Boleh tahan juga sedap sup tersebut. Tapi tentang "power" tu aku tak pasti.....

No comments: