Wednesday, October 26, 2016

161009 One Day Visit To Singapore

Among places that we went were;-

The Merlion
Geylang Market
Merina by The Sands
Sultan Mosque
Arab Street
Gardens by The Bay






















161023 Amirul Konvo

Jadual kebiasaan hujung minggu terpaksa diubahsuai untuk memberi ruang perjalanan ke Seri Iskandar dan seterusnya ke Tanjung rambutan, Perak. Akhirnya; anak ke-4, Amirul sah tamat pengajian di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu Sultan Azlan Shah. Kecuali Farhana dan familinya yang terpaksa balik ke Kelantan, semua ahli famili kami hadir beramai-ramai untuk bersama-sama meraikan hari bersejarah tersebut.


Sebelum ke Tanjung Rambutan, sempat bersarapan dengan Ismail & isteri di McD Tambun. Ismail sahabat lama yang sama-sama bertugas di Sekolah rantau PETRONAS dahulu. Anaknya sebaya dengan Amirul dan kebetulan sama-sama mendaftar di Politeknik Seberang Perai. 



Sebelum itu kami ambil kesempatan singgah dan bermalam di rumah Amalina. anak saudara yang tinggal di Seri Iskandar. Ini merupakan kali pertama aku menjejak kaki di situ. Sempat makan malam, bergunting rambut dan menonton perlawanan EPL antara Arsenal menentang Middlesbrough (agak kecewa dgn keputusan seri) semasa di sana.



Lain padang, lain belalang; 
Antara tugas utama aku adalah mengendalikan Majlis Konvo IPGM-KPM, jadi aku tidak dapat lari dari membandingkan perjalanan konvo Amirul dengan konvo yang biasa aku bertugas. Yang paling berbeza adalah persembahan nyanyian bersama kugiran sewaktu rehat antara penganugerahan diploma. Nyanyian adalah lagu-lagu popular semasa oleh  pelatih daripada Kolej Sungai Buluh. Jika Konvo IPGM-KPM pasti persembahan tersebut mendapat tentangan daripada pentadbiran tertinggi. 



Kod etika pakaian tetamu juga tidak terlalu dikuatkuasakan. Aku lihat ada tetamu yang hadir di dalam dewan dengan bersandal dan berseluar jeans. Namun pujian harus diberi kerana tiada tetamu yang keluar meninggalkan dewan sewaktu majlis berlangsung. Pintu keluar ditutup rapat dan dikawal oleh AJK bertugas. Aku dan isteri terpaksa menunggu hingga akhir majlis walau pun giliran Amirul mendapat diplomanya pada awal sidang.





Monday, August 8, 2016

160806 Hari Keluarga Selamat

Tarikh : 6 Ogos 2016
Masa  : 10am - 2.00pm
Lokasi : Pusat Rekriasi Putrajaya
Giliran : Famili Odin (Dgn bantuan Zaharah)




160716 London Paris

























































A. Kebaikan yang diperoleh
1. Lebih sabar
    Pemandu di London & Paris amat patuh peraturan jalan raya. Walau pun tiada kenderaan, mereka akan tunggu sehingga lampu isyarat hijau untuk bergerak. Peraturan ini juga merangkumi semua penunggang motorsikal dan basikal. 
    Jika ada pejalan kaki hendak melintas jalan (terutama di lintasan belang) kenderaan akan segera berhenti jika di lihat ada pejalan kaki yang hendak melintas.

2. Masih ramai yang ambil kisah
    Khabar yang mengatakan orang Eropah sombong dan tidak mengalu-alukan pelawat asing terutama daripada Asia adalah tidak tepat. Sepanjang 2 minggu di London & Paris, tiada langsung masalah dalam mendapatkan bantuan terutama ketika mencari saluran Metro atau Undergraound yang sesuai untuk pergi ke tempat yang dituju. 
    Yang paling berkesan, sewaktu hendak bersolat Jumaat di Masjid Pusat Paris, sebaik keluar Metro dah ada insan yang sedia tunjuk jalan ke masjid yang dituju. Seterusnya terjumpa kenalan baru; En. Kamal dari Singapura yang bermurah hati belanja kami makan tengah hari di kafe masjid sebaik selesai solat Jumaat.

3.