Wednesday, August 3, 2011

Bila giliran kita?



Alhamdulillah. Allah panjangkan umur aku dan dapat jumpa Ramadhan tahun ini. Alfatihah untuk arwah Kang Man, Emak dan Bapak yang telah kembali ke Rahmatullah. Semoga mereka termasuk dalam kumpulan yang beriman. Amin.

Lampu Isyarat Pintar

Isu ni aku dah nak tulis beberapa minggu lalu, tapi hanya sempat post tajuknya sahaja. hari ini aku terpaksa luangkan masa sebab akibatnya terjadi lagi pada aku pagi tadi sewaktu hendak ke tempat kerja.

Kalau para pengguna jalanraya di kawasan yang telah membangun perasan, sebelum tiba di persimpangan yang terdapat lampu isyarat, terdapat "garisan" hitam berbentuk segiempat melintang di jalanraya. Garis segiempat hitam tersebut berperanan sebagai "sensor" untuk mengesan kenderaan yang melalui jalan tersebut. Pengguna jalanraya perlu "melanggar" atau melalui di atasnya untuk mengaktifkan lampu isyarat di hadapan.

Terdapat sesetengah pemandu [maaf: selalunya wanita] yang terlalu "baik" yang berhenti agak jauh dari lampu isyarat sehingga tidak mengaktifkan "sensor" tersebut. Jadi sistem lampu isyarat tidak mengesan sebarang aktiviti kenderan daripada jalan tersebut yang menyebabkan lampu isyarat tidak akan bertukar hijau.

Pernah aku jumpa sewaktu balik kerja, seorang pemandu kereta [maaf lagi: wanita] dengan muka selamba menjeling cermin sisi apabila pemandu di belakang membunyikan horn dan memberi isyarat suruh bergerak sedikit ke hadapan kerana lampu isyarat telah beberapa pusingan tidak bertukar hijau. Bilangan kenderaan telah panjang sehingga hampir 100meter di belakang.

Jadi kepada sesiapa yang membaca post ini, dipohonkan agar dapat sampaikan maklumat ini kepada para pengguna jalan raya yang lain; dapat pahala & elakkan pengguna "naik angin".

Wednesday, July 27, 2011

Pelbagai cara pegang tangan













Kemalangan Ngeri

Motor Berkecai. Enjin terpisah jauh.

Jenazah mangsa kemalangan setelah sebelum diangkat ke "Land Rover"


Seorang mangsa lagi ditutup kain.


Sewaktu perjalanan ke Lumut, bas kami terserempak dengan kemalangan ngeri yang baru berlaku. Sebuah lori besar telah melanggar sebuah motosikal yang menyebabkan kedua-dua penunggangnya maut. Amat Ngeri .......

Thursday, June 16, 2011

Good vs Bad

The Bad

Ingatkan beli 1kg tapi rupanya cuma 1kati. Lihatlah alat penimbang yang digunakan......


Satu-satunya R&R dalam perjalanan ke Shenzeen. Kedai ada 2 unit, makan & minum "open-air". Kebetulan musim panas.

Selepas keluar dari airprt Macau dan dalam perjalanan ke Zhuhai, kami disambut oleh seorang pemandu teksi yang dengan selamba "menyiram urea" kepada tumbuhan di tepi jalan.


Dalam kepadatan orang ramai di luar gedung barangan kulit, sepasang ibubapa dengan selamba menunggu anaknya melepaskan hajat di tepi jalan.


Satu-satunya peminta sedekah [muslim] yang terus mengikut kami sehingga "sedekah dalam paksa" diberi.




The Good Menaiki feri di Sungai "Pearl" Guang Zhou, pelancong boleh melihat menara telikomunikasi yang bertukar-tukar warna.


Selain sangat enak, makanan yang dihidangkan digubah sebagai bahan seni.


Pengawal di sebuah sekolah tadika berdiri dalam keadaan waspada sewaktu ibubapa menghantar anak-anak kecil mereka ke tadika. Kalau diperhatikan betul-betul, kayu tu bukan sembarangan......



Pelayan di kedai makan berpakaian yang sopan. Sebaik masuk waktu, mereka akan bergilir solat di bilik yang tersedia di belakang [walau pun kurang selesa]


Pertunjukan kebudayaan yang amat mengujakan. Dengan penggunaan teknologi pencahayaan, bunyi dan pentas yang terkini, penonton tidak terasa 1 jam tempoh persembahan.

Monday, May 9, 2011

Majlis Akad Nikah @ Masjid Al-Rahman Banda Acheh

Pengantin; berbaju putih

Kumpulan hadirin wanita

Kumpulan hadirin lelaki

Label untuk imam dan pengantin lelaki

Di hadapan masjid

Kami bernasib baik dapat lihat majlis akad nikah sewaktu ziarah Masjid Al-Rahman. Aturcaranya lebih kurang sama seerti yang dijalankan di Masjid Putra, Putrajaya.
a. Persamaan
1. Ada label penanda untuk para hadirin, pengantin, saksi, imam dan lain-lain.
2. Tetamu wanita dan lelaki tidak duduk bersama.
3. Semua yang hadir perlu memakai pakaian menutup aurat.
4. Ceramah @ nasihat @ khutbah oleh imam khas untuk pengantin dan para hadirin.

b. Perbezaan
1. Ada pemandu acara [juruacara]; memaklumkan acara yang akan @ sedang berlangsung.
2. Acara dimulakan dengan bacaan Al-Quran oleh Qari [mungkin petugas masjid]
3. Khutbah @ nasihat yang agak panjang lebar diberi oleh imam sebelum majlis akad nikah,
Di Masjid Putra, jika banyak masa & kurang pasangan, khutbah dijalankan selepas akad nikah.

Nota
1. Kami tak sempat tonton majlis akad nikah kerana khutbah terlalu lama dan kami perlu segera ke pelabuhan untuk de Pulau Sabang.
2. Sementara tunggu pasangan pertama dinikahkan, rombongan untuk pernikahan ke-dua telah mula berkumpul di dalam masjid.