Wednesday, July 13, 2016

160712 Jumani

Pagi Isnin lepas dapat pesanan wasap daripada hp Kang Jumani dalam Group Geng Bukit Jambul". Wasap memaklumkan bahawa beliau sedang koma di Hospital Teluk Intan akibat tekanan darah tinggi yang dialaminya pada awal pagi di rumahnya di Teluk Intan.

Aku segera telefon Ismail dan bercadang akan segera ziarah pada thari Selasa. Namun bagun pagi Selasa itu dapat wasap memaklumkan Kang Jumani telah menemui penciptanya awal pagi Selasa itu. Dimaklumkan juga jenazah akan dikebumikan di Sungai Tengar, Sabak Bernam (kampung halamannya).

Pagi Selasa itu aku ambil cuti dan memandu ke Senawang untuk jemput Ismail untuk bersama ke Sungai Tengar. Namun kami agak terlewat kerana peraturan penduduk di Sungai Tengar bahawa jenazah jika telah sedia sebelum Subuh MESTI dikebumikan selewat-lewatnya pukul 9 pagi. Ketika aku tiba pada pukul 12thari, kami hanya dapat berjumpa dengan isteri dan anak-anak arwah sahaja.


Arwah Jumani ketika koma di Hospital Teluk Intan


Bersama Cikgu Jaafar Shaari ketika hadir majlis perkahwinan anak arwah Jumani sekitar akhir April lalu.


Aku dan Anum telah hadir 3 jemputan kenduri kahwin anak-anak arwah Jumani


Secara tak langsung seperti re-union sahabat-sahabat yang pernah menyewa di Flat Bukit Jambul ketika berkursus 1 tahun di USM sekitar tahun 1990.


Lewat balik sebab sambung bersembang.


Sempat berfoto bersama arwah. Beliau amat ceria ketika itu.


Berfoto bersama-sama sebagai kenangan.


Barisan isteri-isteri tersayang yang turut hadir kenduri akhir April lalu.


Kami singgal di R&R Dengkil. Sarapan pagi. Dalam perjalanan dari Senawang ke Sungai Tengar, Sabak Bernam.


Di Sungai Tengar. Sempat berkenalan dengan bekas pegawai di PPD Gombak (maaf, lupa nama). Daripada beliau dapat hubungi semula Samsuki seorang lagi Geng Bukit Jambul yang telah sekian lama putus hubungan. 


Bersama anak ke-tiga arwah Kang Jumani.


Ismail amat terasa kehilangan sahabat (umpama ahli keluarga sendiri). Termakbul hajat untuk di tunjukkan pusara arwah. 


Dalam perjalanan balik, sempat berjumpa Saad & isteri di Tanjung Karang. Saad juga salah seorang Geng Bukit Jambul. Kini telah bersara GB dan menetap di Shah Alam. 

Terima kasih GB Saad Bahatan & isteri kerana belanja kami makan thari.

No comments: