Asalnya Dahlia (bekas GB di Puchung) cadangkan agar re-union PPAK(I) MPB 79/80 diadakan semula. Re-union berskala kecil dengan kehadiran Dahlia, Soo, Zaini, Gan pernah diadakan di Putrajaya beberapa tahun dahulu.
Kebetulan pada minggu berikutnya Shahkirah yang tinggal di Taman Universiti, Seri Kembangan hantar kad jemputan kenduri anak lelakinya yang akan diadakan di Dewan UPM; maka aku cadangkan dan minta kebenarannya untuk tumpang adakan re-union tersebut. Shahkirah amat setuju sambil cadangkan agar kami hadir pada jeda waktu yang sama.
Sambil itu aku ambil kesempatan guna teknologi yang ada untuk bentuk group Whatsapp agar kami mudah untuk berinteraksi. Dengan bantuan, kerjasama & usaha bertanya Pak Google, maka senarai nama dan nombor telefon semua ahli PPAK(i) MPB 79/80 hampir lengkap. Ramai bersetuju untuk hadir termasuk Wan Razif (Jitra), Khairani (Serdang, Kedah), Zaini dan Soo (Melaka).
Pada hari kenduri, Shahkirah siap khaskan 2 meja dengan label "PPAK 79/80" untuk mudahkan perjumpaan kami. Sungguh rancak perbualan sambil bertanyakan perkembangan terkini masing-masing.
Fauziah & Dahlia. Kedua-duanya telah bersara. Kini Fauziah tinggal di Salak Tinggi manakala Dahlia di Puchung.
Gan Ming Guat & Rohaida Khalid. Juga telah bersara. Mendiang suami Gan yang bernama Yeo - PPAK (C), sama batch dengan kami & ahli sukan terutama bola keranjang telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya yang berpunca daripada Mat Rempit.
Zaini, WRazif & Saw Huat Chye
Zaini : Sepatutnya masuk kelas PPAK(C) tapi tak diterima.
WRazif: Anak Kelantan tunggal yang sesat masuk kelas PPAK(I).
SHC : Pemain hoki yang baik. Masih aktif bersukan hingga kini
Soo, Tajudin & Zaini
Soo : Punyai famili kebanggaan Malaysia. Isteri India dan anak-anak yang fasih Tamil dan Inggeris.
Tajudin : Masih bertugas di IPGM Cybedrjaya.
Antara yang hadir;
Berdiri dari kiri;
Mohd Hashim (suami Shahkirah), Soo Hock Lye, Tajudin, PakDin, Saw Huat Chye, Zaini, Wan Razif & Pengantin lelaki
Duduk dari kiri;
Pengantin, Gan Ming Guat, Rohaida, Fauziah, Khairani, Dahlia & Shahkirah
Habis perjumpaan, sementara tunggu flight balik ke Alor Setar, aku dan WRazif sambung ngeteh di IOI Mall.
Sengaja aku masukkan sekeping foto kenangan salah satu aktiviti semasa minggu suaikenal dahulu. Sungguh amat berbeza pakaian & kandungan minggu suai kenal dahulu dan sekarang.
Kami diarahkan oleh para senior yang agak bengis (terutama arwah Azman) berbaris di tepi padang bola sambil bersorak menyokong pasukan senior.
Apabila pasukan "freshie" menyerang, kami diarah berteriak;
"PUSH THEM BACK, PUSH THEM BACK, WAY .... BACK!!!"
Hingga kini aku masih ingat kata-kata semangat songsang ni .....
Latest Phone Number
V 03.50pm; 29 March 2016
01. 019 - 3684 308 Tajudin Daud
02. 019 - 4423 392 Wan Razif
03. 013 - 2705 219 Idris Bahaudin
04. 012 - 6845 191 Zaini Md Zan
05. 012 - 3279 415 Saw Huat Chye
06. 017 - 6618 433 Soo Hock Lye Darren
07. 012 - 6661 577 Chong Kok Hiang
08. 012 - 7688 028 Wong Toon Kai
09. 016 - 7705 352 Zainudin Selamat
10. 017 - 7582 101 Lee Siak Hee
11. 012 - 2907 323 Gan Ming Guat.
12. 000 - 0000 000 Kon Boey Fuen
13. 000 - 0000 000 Karen
14. 011 - 3771 3590 Junainah Sidek
15. 017 - 3282 738 Shahkirah
16. 019 - 9880 817 Dahlia Abas
17. 010 - 7666 642 Khairani
18. 000 - 0000 000 Lina Hamim
19. 000 - 0000 000 Sarah Wahab
20. 013 - 9804 872 Radina
21. 019 - 9140 597 Zainon Hamzah
22. 012 - 2169 414 Fauziah Shaman
23. 019 - 4751 889 Fudziah Yaacob
24. 013 - 2031 941 Siti Khadijah
25. 000 - 0000 000 Rokiah
26. 000 - 0000 000 Zubaidah
27. 012 - 5061 303 Rohaida
28. 013 - 9463 463 Hasniah Seman
29. 012 - 5839 151 Latifah Omar
30. 000 - 0000 000 Noraida
No comments:
Post a Comment