23 Sept 2015; 9.30pm,
Ngopi bersama sahabat lama, Cikgu Nasir dari Chukai di Warung Awang Ikan Bakar, Cherating sementara menunggu "tow truck". Sebaik selepas kemalangan melanggar babi, aku terus menalefon Cikgu Nasir dan Cikgu Raja Zaharudin yang tinggal di Chukai. Masa tu tak tahu lagi bahawa Cikgu Raja sedang sakit di Hospital Kemaman. Padanlah panggilan aku tidak diangkat.
CRV aku ditarik naik ke atas "tow truck". Radiator pecah akibat terlanggar babi tunggal [saiz anak lembu] di Cherating. "Tow truck" dari Kuantan. Hantar CRV aku ke Dungun dengan kos RM350.
Kesan comot pada "bumper" hadapan dan air meleleh daripada tangki "radiator" kelihatan semasa CRV mula diikat di atas "tow truck". Aku & Fathiyah duduk di hadapan bersama pemandu "tow truck". Amirul dalam CRV. Nurul & Anum tumpang kereta Arif hingga ke "workshop" di Dungun.
Esok paginya [Raya Aidil Adha] aku solat sunat raya di Masjid Sura. Jaraknya sekitar 1km dari penginapan "Homestay" Us. Aripen. Perginya Arif hantar tetapi baliknya aku jalan kaki sahaja. Sekitar 9.30am Us. Aripen bawa kami semua ke rumahnya untuk sarapan. Arif telah hubungi rakannya untuk sewa Myvi sebagai ganti CRV ke Kota Bharu.
Sebelum bergerak ke Bukit Sawa, Kuala Terengganu untuk ziarah keluarga Cikgu Nasir, kami singgah rumah Cikgu Razak yang juga sahabat semasa bertugas di Sekolah Rantau PETRONAS dahulu. Rupa-rupanya dia bertugas sebagai PK1 di sekolah yang sama di mana Us. Aripen bertugas sebagai GPK Koku.
Sekitar 1.30pm kami tiba di rumah Cikgu Nasir melalui jalan pantai. Kami dijamu makan tengah hari dan sup tulang [mewah daging]. Selepas masing-masing solat, kami bergerak ke Kota Bharu melalui Lebuhraya Pantai Timur.
Sebelum majlis Aqiqah Zaim selepas solat Jumaat, paginya kami sempat ke Rantau Panjang. Walau pun kami tiba agak pagi, namun jalan raya di kompleks bebas cukai Rantau Panjang telah sesak. Myvi sewa kami pakir di hadapan kedai dengan kos RM4. Oleh kerana tingkap sebelah pemandu meragam, jadi kami pinjam tikar kedai untuk tutup kereta.....
Bukti telah sampai di pekan Rantau Panjang [walau pun tidak bershopping pun]. Sambil menunggu Anum dll berbelanja, aku makan
Dah hampir waktu Zohor aku bercadang bersolat Jumaat di Masjid Beijing. Dari info yang aku dapat dari jurujual, lokasinya agak jauh, sekitar 3km. Aku segera ke jalan utama dan dengan muka kesian aku tahan motor & kereta yang aku jangka nak ke masjid. Rezeki aku baik, 2 orang remaja menawarkan aku membonceng motor mereka walau pun tanpa helmet. Aku agak risau juga sebab perlu lalu kaunter kastam sebaik keluar dari kompleks bebas cukai. Rupanya mereka telah biasa. Hanya perlu senyum & angkat tangan sahaja. Khas untuk waktu Jumaat sahaja agaknya.
Selama ini aku hanya dengar berita tentang kewujudan masjid Beijing ini. Struktur binaan masjid ini menyerupai bangunan Cina. Mungkin itu antara sebab ia digelar Masjid Beijing.
Bumbung mimbar masjid pun strukturnya berbentuk pagoda. Namun khatib yang menyampaikan khutbah lancar membaca teks dengan fasih tanpa dialek pantai timur. Inti pati khutbah: Agama Islam MESTI diletakkan pada tempat PALING TINGGI. Islam kerap disalah anggap kerana kurangnya penerangan dan contoh yang baik dari kalangan umat Islam sendiri.
No comments:
Post a Comment