Thursday, January 8, 2015

150103 Maulidul Rasul @ Putrajaya

 Tahun 2015 amat istimewa. Ada dua kali sambutan Maulidul Rasul dalam tahun 2015. Sepanjang 5 tahun aku berada di IPG KPI, tak pernah ada peluang untuk turut serta dalam sambutan/perarakan Maulidul Rasul. Tahun ini tetiba aku ditawarkan untuk turut serta pada saat akhir. Ukuran baju pun aku hanya beri sample baju raya tahun lepas.

  

Terkenang sewaktu aku bersekolah menengah di Johor Bahru, setiap kali sambutan maulidul Rasul, aku bersama pasukan kompang SMK Tasek Utara akan berarak dari Kebun Bunga, Pejabat, Pos dan akhirnya di Masjid Sultan Abu Bakar. Pada masa itu pelajar lelaki dan perempuan ikut berkompang dan berarak. Tiba di Masjid, setiap kumpulan kompang akan "bertanding" secara tidak rasmi dengan paluan & irama masing-masing. Walaupun penat berarak sambil berkompang, masing-masing kerah sisa tenaga & suara yangmasih ada untuk cuba atasi kumpulan kompang yang lain.



Perarakan tahun ini diadakan di Putrajaya. Jaraknya dari Masjid Besi ke Masjid Putra, lebih kurang 3km. Semua peserta lelaki diwajibkan berarak, manakala peserta wanita menunggu di Masjid Putra.  



Aku bermotorsikal ke Masjid Besi. Kunci motor dan terus bersama sahabat untuk berarak. Pukul 8.15am baru giliran kami berarak. Tiba di pertengahan perarakan, peserta-peserta perarakan kumpulan terdahulu dah dalam perjalanan pulang!!



No comments: