Friday, January 23, 2015

150122 Baiki Jalan Depan Rumah

Telah beberapa bulan, jalan masuk ke rumah aku ada macam "bump" yang memaksa pemandu memperlahankan kenderaan. Tapi yang terjadi di rumah aku tu akibat daripada akar pokok di hadapan rumah yang semakin membesar dan menolak tar jalan menjadi "bump".
Ingatkan apabila kita lalu dengan kereta ianya akan berhenti dan berkurangan. Rupa-rupanya telahan aku tu kurang tepat. Sejak akhir-akhir ini ianya semakin tinggi dan ganggu kelancaran kenderaan keluar masuk dari "porch" rumah aku.

Petang tu sedang godeh smat TV tu aku teringat laman web Perbadanan Putrajaya. Aku pun cuba isi e-aduan yang disediakan dalam laman web tu. Alhamdulillah mereka respon dengan cepat. Katanya hari ini semua kerja akan siap. Harap-harap tiada lagi gangguan "bump" tu lagi.

Monday, January 19, 2015

Kedai Nana








150116 K E C E M A S A N ! ! !

Petang Jumaat tu aku balik awal. Kebetulan Ustazah tu datang nak ambil 2 anaknya yang dijaga oleh isteri. Seperti biasa ustazah tu park dengan enjin masih hidup di depan rumah. Dia masukkan anak perempuannya yang berumur 2tahun dan kembali unuk ambil anak kedua yang berumur lebih kurang 5 bulan. Sambil tu dia berbual dengan isteri.

Selepas seketika ustazah tu datang semula dengan muka pucat. Anaknya yang dalam kereta telah tertekan kunci pintu. Apabila suruh buka dia tak faham, tambahan pula kunci tu agak ketat. Setelah hampir 15 minit berusaha pujuk tetapi masih tidak berjaya, aku pun cuba call 999. Agak mengecewakan. Lambat dan bukan pada panggilan yang pertama sihingga sempat dail 103 (operator). 

Sedang aku beri lokasi dan jenis kecemasan kepada telefonis yang lembab (alasannya tak mahu silap....) tiba-tiba isteri beritahu pintu kereta telah berjaya dibuka. Aku maklumkan kepada telefonis lembab tu masalah dah dapat diatasi dan letak telefon.

Caranya mudah sahaja....... Rezekinya ank ustazah yang dalam kereta tu tekan suis tingkap. Apabila dah terbuka separuh, cepat-cepat Aziz (jiran) "unlock" kunci pintu. Setelah ambil nafas dan kenang nasib yang baru menimpa ustazah u pulang.

Sekitar 5 minit selepas itu kedengaran siren bomba yang bunyinya semakin hampir. Betul telahan aku, jentera bomba, van dan kereta peronda polis tiba.

Aku terpaksa mohon maaf kepada semua anggota yang kecemasan yang tiba. Yang tak tahannya terpaksa cerita kepada jiran-jiran yang datang ke rumah bertanya masalah yang berlaku........

Tuesday, January 13, 2015

150111 Hantar Amirul Balik Ipoh

Akibat banjir yang melanda Malaysia, pendaftaran masuk untuk semester Amirul ditangguhkan seminggu. Banyak barang, alasan Amirul minta hantar balik ke Tanjung Rambutan, Ipoh. Jadi, lepas Subuh kami dah bertolak dari Putrajaya. Jam 11pagi kami dah sampai di Tanjung Rambutan. Sebaik selamat Amirul daftar masuk hostel, kami bertolak balik sebab rancangannya nak singgah Temoh, Teluk Intan dan Sentul.
Namun, kami sempat singgah pasar minggu Tanjung Rambutan. Kami beli petai dan jering yang harganya agak murah.

Singgah di Temoh untuk jumpa sahabat lama famili Cikgu Khaidir. Kami pernah bertugas bersama di Sekolah Rantau PETRONAS dahulu. Waktu Zohor, kami solat di masjid Temoh. Kebetulan ada kematian. Cikgu Khaidir mengimamkan solat zohor dan solat jenazah. Seteruskan ke tanah perkuburan dan disudahi dengan talkin, juga oleh Cikgu Khaidir.
Cikgu Khaidir kini dalam dilema. Namanya dah dicalonkan ke Lembaga Peperiksaan. Untuk tahun baru ni besar kemungkinan dia akan berpindah ke Lembaga Peperiksaan di Jalan Duta, KLumpur.

150109 Family Day @ Gold Coast

Atas persetujuan anak-anak, kami berfamili day di Gold Coast, Morib pada 9 - 10 Jan yang lalu. Nak ke Gold Coast, Australia belum mampu lagi. Jadi Gold Coast, Morib pun OK juga.

Kakak Nurul menggunakan tempahan "Groupon" on-line untuk menempah 4 bilik dengan harga RM150/bilik. Bilik dilengkapi kolam jakuzi dan sarapan pagi untuk 2 orang. 

Paling tak sabar nak lihat riaksi Amni dalam kolam renang dan pelampung "angry bird". Kalau mandi dalam besen di rumah, dia tiada masalah, tetapi di kolam tu dia kerap menangis sahaja. Foto ni tunjukkan antara mood yang OK. 

Sebelum balik sempat berfoto beramai di kolam rendam Gold Coast.
Catatan: Perut Abg Arif macam sama besar dengan perut Mira. 

Kolam rendam.


Dalam perjalanan pulang, kami singgah di kedai cendol Ibrahim (hadapan KFC) di Banting. RM1.50 semangkuk. Kira OKlah juga.

Thursday, January 8, 2015

150103 Maulidul Rasul @ Putrajaya

 Tahun 2015 amat istimewa. Ada dua kali sambutan Maulidul Rasul dalam tahun 2015. Sepanjang 5 tahun aku berada di IPG KPI, tak pernah ada peluang untuk turut serta dalam sambutan/perarakan Maulidul Rasul. Tahun ini tetiba aku ditawarkan untuk turut serta pada saat akhir. Ukuran baju pun aku hanya beri sample baju raya tahun lepas.

  

Terkenang sewaktu aku bersekolah menengah di Johor Bahru, setiap kali sambutan maulidul Rasul, aku bersama pasukan kompang SMK Tasek Utara akan berarak dari Kebun Bunga, Pejabat, Pos dan akhirnya di Masjid Sultan Abu Bakar. Pada masa itu pelajar lelaki dan perempuan ikut berkompang dan berarak. Tiba di Masjid, setiap kumpulan kompang akan "bertanding" secara tidak rasmi dengan paluan & irama masing-masing. Walaupun penat berarak sambil berkompang, masing-masing kerah sisa tenaga & suara yangmasih ada untuk cuba atasi kumpulan kompang yang lain.



Perarakan tahun ini diadakan di Putrajaya. Jaraknya dari Masjid Besi ke Masjid Putra, lebih kurang 3km. Semua peserta lelaki diwajibkan berarak, manakala peserta wanita menunggu di Masjid Putra.  



Aku bermotorsikal ke Masjid Besi. Kunci motor dan terus bersama sahabat untuk berarak. Pukul 8.15am baru giliran kami berarak. Tiba di pertengahan perarakan, peserta-peserta perarakan kumpulan terdahulu dah dalam perjalanan pulang!!