Tuesday, October 21, 2014

141020 Tazkirah Dzohor


Us. Wan Yusof - Masjid As-Shafie IPG Kampus Pend Islam

Tajuk : Adab Menuntut Ilmu
1. Ikhlas - bukan utk menunjuk, terpaksa, kehadiran diambil
2. Dengar dgn baik, khusu', fokus
3. Fahami ilmu yang disampaikan. Bertanya jika perlu
4. Catat isi penting
5. Beramal dengan ilmu yang diterima
6. Sebarkan ilmu kepada orang lain
  

141019 Sahabat Berziarah



141019 Langkah Ceria Putrajaya



Friday, October 17, 2014

141014 SK Putrajaya 2, Presint 9 [terkini]

Kebetulan pagi tu ada 2 pelajar KPI yang perlu rawatan dan temujanji doktor di klinik. Disebabkan tiada kenderaan pejabat dan pegawai kebajikan yang free maka aku tawarkan diri untuk hantar mereka. Biasanya pelajar dihantar ke Klinik Bandar Baru Bangi untuk dapatkan rawatan kesihatan.

Sebaik berada dalam kereta barulah pelajar maklumkan bahawa mereka perlu ke klinik Putrajaya untuk rawatan susulan. Jauh tu. Kalau ke Putrajaya kena tunggu hingga habis rawatan dan bawa pelajar balik. Tak boleh tinggal dan suruh balik sendiri. Kos teksi Putrajaya - KPI boleh cecah RM30!


Sementara tunggu, aku singgah ke SK Putrajaya 2, Presint 9. Aku pernah bertugas di situ dari tahun 2000 - 2006. Masih ramai guru lama yang masih bertugas di situ. Antaranya Cikgu Rizal & Pn. Hasnah.

Pn. Norriah pula masa dulu adalah guru biasa di situ. Setelah bertukar ke Presint 11 dan dinaikkan pangkat GPK, dia telah ditukarkan ke situ sebagai GPK HEM. 



141015 Kerja "Part Time"


Aku kini dah ada kerja "Part Time". Kalau lapang waktu makan tengah hari, aku akan balik ke rumah untuk kerja "part time" tu. Kerjanya amat mudah; tolong ayun buai baby sementara isteri, Anum solat Zohor.
Upah untuk kerja "Part time" amat berbaloi. Dapat makan tengah hari percuma. Jika rezeki baik,  lauknya enak dan dapat layanan mesra.

Monday, October 13, 2014

141011 Steamboat

Roselin [anak Arwah Kak Eton] dan suaminya Nizar telah lama berjanji nak jemput saudara mara ke rumah barunya di Tasek Kesuma. Sejak mula kahwin hingga dapat dua anak kami masih hampa untuk jejak ke rumahnya [rumah sewa di Puchung].

Jadi apabila terima kami jemputan [walaupun saat hadir] semua agak teruja. Tambahan pula menu yang dijanjikan agak mengancam; steamboat!


Perancangan awal malam tu nak ke Stadium Merdeka, KLumpur untuk tonton persembahan tatoo ATM. Selepas Maghrib bergerak ke Tasek Kesuma, singgah rumah adik. Hanya dia yang tahu rumah baru Roselin.






Thursday, October 9, 2014

141008 Gerhana Bulan


Tahun ni aku dah berumur 54 tahun. Kerja di KP Islam dah hampir 5 tahun. Tetapi tahun ini berpengalaman untuk lakukan solat gerhana.



Tuesday, October 7, 2014

141002 Abang Ipar Meninggal Dunia

Abang ipar #2, almarhum Mohd Nuh b. Abdul [Abg. Nuh] suami kepada Kak Nap meninggal dunia di Hospital Serdang pada pukul 10.10am 2 Okt 2014 [Khamis]. Beliau meninggalkan seorang isteri, 2 anak lelaki dan seorang anak perempuan.



Almarhum adalah pesara FELCRA. Pernah menjawat Pengarah FELCRA NSembilan. Sewaktu aku masih belajar dulu, aku pernah ikut beliau "outstation" ke Kuala Terengganu. 



Sebelumnya beliau amat menjaga tahap kesihatannya dengan menjaga makanan dan melalukan aktiviti senaman seperti berjoging secara tetap. Setelah sakit akibat jangkitan dan ketumbuhan di paru-paru, beliau kerap ke Hospital Serdang dan pusat rawatan swasta. 



Jenazahnya selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Sg. Tangkas, Bangi selepas waktu Asar. Jenazah juga disembahyangkan di Surau Seksyen 1, Bangi selepas solat Asar.









Didoakan semoga semua dosanya diampunkan dan roh arwah dimasukkan dalam kumpulan mereka yang beriman.