Wednesday, September 24, 2014

140921 Pertandingan Keselamatan Jalan Raya

Asal ceritanya aku sukarela nak sertai pertandingan keselamatan jalanraya ni kerana kebetulan Sabtu berkenaan tiada aktiviti khusus. Nak cari pengalaman sambil nak lihat aktiviti anjuran Majlis Perwakilan Penduduk [MPP] Putrajaya. Tetapi apabila mesyuarat MPP Sub Zon E, mereka lantik aku jadi ketua untuk penyertaan daripada sub zon E. 

Aku terpaksa ajak anak-anak dan sahabat mereka untuk dapatkan 15 orang ahli kumpulan. Aku ahanya dapat 6orang dan AJK yang lain janji nak cari untuk cukupkan jadi 15. 

Masa latihan pada 17hb dan 18hb dah boleh agak bilangan penyertaan dan kaedah pengendalian pertandingan. Jadual latihan sepatutnya mula 5pm, tapi hingga 5.35pm masih tak nampak kelibat petugas lokasi pertandingan, De Care, Presint 9.

Pada hari pertandingan kebetulan hujan lebat awal pagi. Akhirnya pertandingan dimulakan pada 8.30am. Bukan sub zon aku sahaja yang kurang ahli tetapi kebanyakan sub zon lain pun serupa. Ahli kumpulan terpaksa bercampur dengan sub zon lain.


Taklimat sebelum pertandingan




Asalnya peserta mesti 18tahun ke atas. Tapi oleh kerana kurang peserta, anak-anak ahli yang hadir dibenarkan ambil bahagian. Tetapi mereka sebagai pejalan kaki dan penunggang basikal.








Setiap ahli kumpulan diberi kad dan "vest bernombor"

Abang Arif ambil bahagian dengan memandu go kart

No comments: