Bertolak dari Putrajaya agak lewat, selepas Isyak. Separuh jalan mendaki CHighland, Anum & Farhana dah mula pening dan rasa mual. Masing-masing dah bersiap sedia dengan plastik.
Pendakian yang banyak selekoh juga sebabkan aku tidak selesa. Tangan kiri masih sakit. Aku hanya guna tangan kanan untuk memandu. Sekali sekala tangan kiri perlu diguna [secara tidak sengaja] untuk paut stering. Akhirnya aku minta Husni untuk memandu.
Selepas lebih kurang 45 minit berehat, Anum kembali pulih.
Nota: Bila agaknya Amirul boleh tafsirkan bacaan mesin ni?
Sempat solat Jumaat di Masjid Abu Bakar, Tanah Rata. Ramai pelancong [orang luar & pekerja asing] bersolat sama. Khutbahnya amat menarik. Sebelum solat dimulakan, imam ambil masa pastikan semua jemaah matikan handphone dan kanak-kanak tidak bising.
No comments:
Post a Comment