Friday, January 24, 2014

140124 Fisioterapi #02

Telah lebih 3 bulan bahagian otot belikat aku sengal yang amat keterlaluan. Kesakitan itu agak ketara hingga ganggu perjalanan kehidupan seharian. Biasanya [sunnah] pakai baju mulakan tangan kanan, tapi kini amat derita jika masih tetap begitu. Juga ketika tidur. Kini terpaksa menelentang atau sisi kanan sahaja.

Pernah sekali [terlupa] aku tepuk nyamuk yang hinggap di lengan kanan, lengan kiri terasa amat sakit. Yang tambah 'sakit' nyamuk tu tak dapat!

Bahagian otot yang sakit dilekatkan elektrod. Sedikit arus elektrik dialirkan

Berbagai cara dilakukan untuk baiki dan kurangkan sakit. Tapi nampaknya masih belum berjaya. Urut, sapu minyak dan makan pil telah dicuba. Kini cuba pula kaedah fisioterapi. Telah 2 kali ke klinik Presint 9, Putrajaya. 


                         Alat yang mengawal kekuatan arus elektik

Sebelum terapi elektrik tu, bahagian yang sakit didedahkan kepada cahaya panas selama 15 minit. Selepas rawatan keseluruhan selama 30minit, kuranglah sedikit sakitnya.

No comments: