Friday, January 24, 2014

140124 Fisioterapi #02

Telah lebih 3 bulan bahagian otot belikat aku sengal yang amat keterlaluan. Kesakitan itu agak ketara hingga ganggu perjalanan kehidupan seharian. Biasanya [sunnah] pakai baju mulakan tangan kanan, tapi kini amat derita jika masih tetap begitu. Juga ketika tidur. Kini terpaksa menelentang atau sisi kanan sahaja.

Pernah sekali [terlupa] aku tepuk nyamuk yang hinggap di lengan kanan, lengan kiri terasa amat sakit. Yang tambah 'sakit' nyamuk tu tak dapat!

Bahagian otot yang sakit dilekatkan elektrod. Sedikit arus elektrik dialirkan

Berbagai cara dilakukan untuk baiki dan kurangkan sakit. Tapi nampaknya masih belum berjaya. Urut, sapu minyak dan makan pil telah dicuba. Kini cuba pula kaedah fisioterapi. Telah 2 kali ke klinik Presint 9, Putrajaya. 


                         Alat yang mengawal kekuatan arus elektik

Sebelum terapi elektrik tu, bahagian yang sakit didedahkan kepada cahaya panas selama 15 minit. Selepas rawatan keseluruhan selama 30minit, kuranglah sedikit sakitnya.

Wednesday, January 22, 2014

140121 Langkah Ceria Putrajaya


Beribu peserta yang berada di hadapan kami

Setiap Ahad Minggu ke-3, Perbadanan Putrajaya menganjurkan Program Langkah Ceria. Di samping bertujuan agar masyarakat Putrajaya sihat, ianya juga diharapkan dapat memperkenalkan keindahan Putrajaya. Sebagai daya penarik, pelbagai hadiah disediakan pada akhir acara; Cabutan Bertuah. 


Beribu peserta juga berada di belakang kami

Minggu ini FELDA dan Kementerian Wilayah Persekutuan menjadipenganjur bersama. Hadiah-hadiah menarik disediakan. Antaranya basikal, TV dan telefon pintar. Walaupun kami turun 4 orang [dapat 4 tiket] namun masih tiada rezeki; kami pulang hanya dengan roti dan air kotak sahaja [semua peserta dapat].

Menunggu Acara Bermula.

Jarak jalanan yang kami berjaya lakukan lebih kurang 5km. Penat dan sengal juga betis. Pelbagai kerenah dan aksi peserta sepanjang berjalan sejauh 5km. tu.


Mengibarkan Bendera Wilayah Persekutuan

Minggu depan [setiap Ahad minggu ke-4] akan diadakan pula acara Kayuhan Ceria. InsyaAllah jika sihat dan berkelapangan akan sertai juga. Juga dipohonkan agar rezeki kami bertambah baik; boleh menang cabutan bertuah......

140122 Baiki CRV

Bahagian atas enjin juga dibuka.
Semasa tukar tayar di Pontian, telah diberitahu bahawa 'absorber' CRV dah rosak. Tayar makan tak rata. Di samping tu dah tiba masa tukar minyak hitam. So sebaik sahaja tiba Putrajaya terus hantar di SAS workshop.


 Sedang ganti obsober


Kos keseluruhan? Lebih kurang RM2450.00. Bayar guna kad plastik.

Wednesday, January 15, 2014

140112 Tanjung Balai, Karimun, Indonesia

Anum di hadapan Masjid Agong Tanjung Balai, Karimun.

Tujuan utama balik Johor hujung minggu ini adalah untuk hadiri majlis kenduri kahwin anak sulung sahabat lama, Cikgu Hashim di Benut, Pontian. Khuatir lewat, kami bertolak petang Jumaat leps kerja dan menginap di rumah sahabat lama yang mengajar di Sri Bahagia, Cikgu Hamid di Simpang Renggam, Johor. Selepas sarapan kami bertolak ke Benut. Masih awal kami sempat melawat pasar minggu Benut.

Menara Masjid Agong Tanjung Balai, Karimun

Masjid Agong Tanjung Balai merupakan antara 'objek visata' yang disyorkan oleh pihak berkuasa pelancongan di sini. Sewaktu tiba pada awal petang, kawasanya sunyi. Di padang berhampiran terdapat beberapa remaja bermain bola sepak.

Kubah Utama Masjid Agong


Minum teh dan makan kacang di Pantai Pegar

Selain Masjid Agong, Pantai Pegar juga merupakan lokasi untguk para pelancong. Malangnya sewaktu kami tidak ramai orang. Hanya 2 waung makanan yang buka.  


Masjid di hadapan Hotel Tanjung Balai, Karimun.


Sarapan pagi sebelum balik ke Kukup
Menu sarapan lebih kurang sama seperti di Malaysia. Ada roti canai, kuih mueh dan mee sup.

Pemandangan di Pelabuhan Tanjung Balai





Selamat tiba di Kukup.

Hujan renyai sebaik tiba di Kukup. Segera ke CRV. Sebelum bertolak ke Tg. balai dah perasan tayar belakangnya pancit. Setelah diperiksa didapati tayar tu dah rosak. Malangnya hanya 'jack' yang ada. 'Pembuka' tayar tiada. Mungkin tertinggal di Putrajaya semasa mengemas CRV tu. Nasib baik ada 'Hamba Allah' yang sudi pinjamkan jack.

Tiba di bandar Pontian, terus beli 2 tayar baru. Anum tolong bayar RM460.00

140111 Sempena Kenduri Hashim

Khuatir lewat ke kenduri Cikgu Hashim di Benut pada 11Jan14, kami bertolak dari Putrajaya sebelum Maghrib dan bercadang menumpang tidur di rumah Cikgu Hamid di Simpang Renggam. Sebaik sampai, Cikgu Hamid ajak keluar makan Satey di Warung Simpang Renggam. Sateynya masih harga lama. Secucuk hanya RM0.50. Pesan 100 cucuk pun makan ramai tak habis.

Menjadi tetamu pertama majlis kenduri Cikgu Hashim. Masih lengang. Sebelum iru sempat jalan-jalan pasar minggu Benut untuk mengenang kembali nostalgia lama.

Sebaik hajat kenduri terlaksana, kami terus ke Sanglang unuk ziarah bekas GB di SK Sri Setia, Cikgu Hanafiah Bandu. Beliau masih sihat walau telah lebih 30 tahun bersara. Teringat scooter lama yang Cikgu Hanafiah guna semasa bertugas di Parit Permatang Duku dulu.

Jumpa kawan lama semasa bersekolah di Sek Men Tasek Utara, Jailani & isteri. Tak sangka beliau kini menjadi Ketua Kampung di Parit Kerimun, Benut.

Gerai satey Jamal di Simpang Renggam. Enak dan menyelerakan.

140114 Berbasikal Putrajaya