Bila jalankan tugas luar kawasan, aku layak buat tuntutan perjalanan dan penginapan. Jadi selain gaji bulanan, adalah sedikit tambahan pendapatan. Aku pun hairan, walau pun layak untuk buat tuntutan "lebih masa" tapi aku tak pernah mohon.
Antara ciri-ciri jam yang aku beli selalunya jenis muka bulat, ada tarikh dan bertali kulit. Dalam satu-satu masa aku "mesti" ada jam berlampu yang boleh diguna bawa tidur. Selain dapat tunjukkan waktu yang tepat, setiap jam aku tu punyai cerita dan kenangan tersendiri.
Aku mula gila jam "Tissot" ni sewaktu jalan-jalan di shopping complex di Cheras. Tapi masa tu aku tak mampu beli lagi. Jadi sebaik ada rezeki lebih, jam ni yang aku mula-mula beli.
Jam automatik swatch ni aku beli semasa ke Miri. Aku beli di kedai jam biasa je. Semasa tu aku sangat teruja sebab jam ni selain boleh nampak dalam, ia juga jenis yang tak perlu dikunci atau guna bateri. Dah pernah diservis sekali. Kini masih tepat waktunya.
Jam "solvis titus" ni aku beli sewaktu bertugas di Kuantan. Masa tu mata aku masih OK lagi. Boleh lihat jarum tarikh dan hari yang amat halus. Kini jarang pakai sebab sukar nak lihat jarum tu tunjuk berapa haribulan atau hari apa .....
Jam Casio ni aku beli dalam keadaan tergesa-gesa. Walau pun ketika tu dah ada jam lain, aku tiada jam yang boleh diguna waktu tidur. Aku beli jam ni di kedai jam aras 1, Kompleks PKNS Bangi. Agak marah; sebab selepas beli, aku lihat jam ni dijual harga jauh lebih murah di Mines. Jam ni boleh bawa berenang tapi tak boleh lasak sangat sebab talinya hanya dijual [mahal] di agen yang terletak di Sentul, KL. Sehingga kini telah tiga kali tukar tali. Alah beli, menang memakai.
Sewaktu nak beli tali jam Casio di Sentul tu, aku terserempak seorang hamba Allah yang mengambil tempahan jam serupa ini yang katanya lebih murah jika dibeli di Mekah. Jam ni selain boleh tunjukkan waktu solat dan kalendar masihi, dengan tekan punat, ia boleh tunjukkan arah Kiblat. Jadi sewaktu aku & Anum ditaja Parlimen Putrajaya untuk Umrah, aku tak lepaskan peluang untuk beli jam ni.
No comments:
Post a Comment