Monday, October 31, 2011

Konvo Nurul

Tarikh : 29 Okt 2011 [Sabtu]
Lokasi : Dewan UITM Shah Alam

Majlis Doa Selamat Restoran Baru

Setelah berjaya membuka beberapa perusahaan kedai makan di sekitar Putrajaya, Syarikat Darul Salam telah membuka satu lagi kiosk baru di Presint 15 yang bernama TomYam King. Sebagai penyumbang utama 200 bungkus makan tengah hari setiap Jumaat, Syarikat darul Salam telah memohon kariah Surau Al-Muhajirin untuk terlibat sama dalam majlis doa selamat sempena pembukaan restoran baru tersebut.
Semoga kejayaan ushawan India Muslim tersebut dapat dicontohi oleh para usahawan muslim yang lain.

Inovasi baru untuk perokok

Perokok kini punyai pilihan untuk bertukar gunakan teknologi yang lebih "mesra alam" untuk lepaskan gian mereka. Sebagai seorang yang pernah merokok dan kini amat anti rokok, teknologi ini boleh digunakan oleh perokok tegar dan bagi mereka yang bercadang untuk berhenti merokok secara beransur-ansur.

Khabarnya modal permulaan agak mahal kerana membeli set seperti foto di atas. Tetapi kos jangka panjang agak menjimatkan. Antara ciri kebaikannya adalah kebersihan kawasan persekitaran [tiada puntung rokok dan habuk yang menjengkelkan].

Karpet Baru Surau Al-Muhajirin P9

Rasanya baru beberapa tahun lalu Surau Muhajirin di Presint 9, Putrajaya mendapat tajaan karpet baru yang berwarna hijau. Tiba-tiba lebih kurang tiga minggu lalu aku dikejutkan kerana karpet hijau itu diganti pula dengan karpet corak sama tetapi yang berwarna biru. Karpet kali ini lebih "lembut" dan anjal. Tricknya; dibawah lapisan karpet baru tu dilapik dengan "span" ........
Namun begitu, syukur kepada Allah kerana kini jemaah surau dapat berikhtikaf dengan lebih selesa.


Monday, October 24, 2011

Hari Isnin Yang Ceria

Semalam banyak acara sukan berlangsung. Antaranya
1. Motor GP di Sepang
- Perlumbaan MotoGP dibatalkan
- Pelumba Itali, Marco Simoncelli mati kemalangan dalam lap ke-2
2. Ragbi piala dunia; perlawanan akhir
- NZealand kalahkan Perancis 8-7
3. Badminton
- Lee Chong Wei tewas perlawanan akhir kepada pemain China
4. EPL
- Arsenal tewaskan Stoke 3-1
- Chelsea tewas kepada QPR; 0-1
- Man U kalah kpd Man City 1-6

Catatan;
Pagi tadi hantar SMS kepada Minjuk "Semoga ceria di pagi Isnin yang indah"
-amat dalam maksudnya .......

Friday, October 21, 2011

111014 Kelana Jaya

Sejak aku bertugas di BPK sahabat aku Cikgu Nasir (sahabat semasa menajar di Sekolah Rantau PETRONAS) dari KTerengganu dah kemukakan rayuan untuk menunaikan haji di Mekah. Beliau yang sedang jalani rawatan di IJN secara berkala amat berharap dapat laksanakan Rukun Islam ke-5 tersebut. Aku turut bersedih apabila dimaklumkan pada tahun lepas, beliau masih belum terpilih menjadi tetamu Allah.
Tiba-tiba pada Rabu lepas beliau talipon mohon jemput di LCCT dan hantar ke Kelana Jaya pada Jumaat 14 Okt 2011. Katanya untuk elak kesulitan familinya dari KTerengganu hantar ke Kelana Jaya.

Didoakan semoga Cikgu Nasir, isterinya dan para jemaah haji yang lain dapat laksanakan ibadah dengan tenang dan pulang dengan selamat. Amin......

111019 Aktiviti Rabu

Kebelakangan ini agak sibuk. Aktiviti hari rabu banyak tertangguh. Alhamdulillah Rabu lepas sempat juga lapangkan waktu ke Alamanda sebaik selesai Maghrib di Surau Presint 9. Punyalah ramai orang........ nampaknya kempen hari Rabu GSC telah menampakkan kesan memberangsangkan. Hajatnya nak tonton The Three Musketeers, tapi tiket dah habis. Yang ada 3 tempat kosong untuk Real Steel. Boleh tahan juga ceritanya.....
Sebelum masuk panggung terserempak dengan famili arwah Cikgu Baharudin (sama belajar di IPSI & jiran di Presint 9) serta famili En. Amin (kariah Surau Presint 9).

Monday, October 17, 2011

Jamuan Perpisahan Aliza

Sewaktu aku mula kerja di IPIS, Aliza dah sedia bertugas di HEP. Tetapi apabila berlaku kekosongan dan perubahan perjawatan, beliau bertukar ke Unit Kokurikulum dengan kenaikan pangkat.
Beliau akan bertukar ke IPG Tawau atas alasan peluang kenaikan kerjaya yang lebih baik di sana. Selamat Bertugas Di Tempat Baru.

111017 Jamuan Perpisahan

Setelah banyak kali tertangguh, hari ini baru terlaksana Majlis Jamuan Perpisahan untuk En. Mohd Zin, Timbalan Ketua Jabatan HEP. Pada mulanya rancang nak buat di Garden, IOI tapi tak jadi. Sebelum itu rancang nak buat atas Cruise Tasik, juga tak jadi. Akhirnya jadi di Soho.

Tugas Luar Kawasan






Pada zaman aku kursus di Tanjung malim dulu rasanya pernah aku lalu di Pagoh dalam perjalanan balik ke JB. Sejak dah ada lebuhraya PLUS, aku tak lalu lagi pekan pagoh ni.

Atas urusan kerja, maka pada hujung minggu lalu aku berkampung di Kampung Raja, Pagoh. Nasib aku agak baik kerana tayar kereta pancit sebaik bersarapan di pekan Pagoh. Tayar tu dah tak boleh diguna sebab dah dua kali tampung di tempat yang sama. Terpaksalah aku berpisah dengan RM150 untuk dapatkan tayar baru.

Tuesday, October 11, 2011

Koleksi

Sewaktu aku kerja di EPRD aku banyak dapat tugasan luar kawasan. Kerana ditempatkan di Unit Bantuan Luar yang melibatkan pendidikan luar bandar, aku banyak berpeluang ke pendalaman Sabah, Sarawak dan lain-lain tempat di Semanjung.
Bila jalankan tugas luar kawasan, aku layak buat tuntutan perjalanan dan penginapan. Jadi selain gaji bulanan, adalah sedikit tambahan pendapatan. Aku pun hairan, walau pun layak untuk buat tuntutan "lebih masa" tapi aku tak pernah mohon.
Antara ciri-ciri jam yang aku beli selalunya jenis muka bulat, ada tarikh dan bertali kulit. Dalam satu-satu masa aku "mesti" ada jam berlampu yang boleh diguna bawa tidur. Selain dapat tunjukkan waktu yang tepat, setiap jam aku tu punyai cerita dan kenangan tersendiri.
Aku mula gila jam "Tissot" ni sewaktu jalan-jalan di shopping complex di Cheras. Tapi masa tu aku tak mampu beli lagi. Jadi sebaik ada rezeki lebih, jam ni yang aku mula-mula beli.
Jam automatik swatch ni aku beli semasa ke Miri. Aku beli di kedai jam biasa je. Semasa tu aku sangat teruja sebab jam ni selain boleh nampak dalam, ia juga jenis yang tak perlu dikunci atau guna bateri. Dah pernah diservis sekali. Kini masih tepat waktunya.
Jam "solvis titus" ni aku beli sewaktu bertugas di Kuantan. Masa tu mata aku masih OK lagi. Boleh lihat jarum tarikh dan hari yang amat halus. Kini jarang pakai sebab sukar nak lihat jarum tu tunjuk berapa haribulan atau hari apa .....

Jam Casio ni aku beli dalam keadaan tergesa-gesa. Walau pun ketika tu dah ada jam lain, aku tiada jam yang boleh diguna waktu tidur. Aku beli jam ni di kedai jam aras 1, Kompleks PKNS Bangi. Agak marah; sebab selepas beli, aku lihat jam ni dijual harga jauh lebih murah di Mines. Jam ni boleh bawa berenang tapi tak boleh lasak sangat sebab talinya hanya dijual [mahal] di agen yang terletak di Sentul, KL. Sehingga kini telah tiga kali tukar tali. Alah beli, menang memakai.
Sewaktu nak beli tali jam Casio di Sentul tu, aku terserempak seorang hamba Allah yang mengambil tempahan jam serupa ini yang katanya lebih murah jika dibeli di Mekah. Jam ni selain boleh tunjukkan waktu solat dan kalendar masihi, dengan tekan punat, ia boleh tunjukkan arah Kiblat. Jadi sewaktu aku & Anum ditaja Parlimen Putrajaya untuk Umrah, aku tak lepaskan peluang untuk beli jam ni.
Jam Casio ni aku beli di Mydin Kajang. Aku tak pasti jam ni ori Casio atau tidak sebab harganya amat murah. Jam ni dibeli sebab jam Casio aku yang mula-mula tu dipinjam oleh anak-anak lelaki aku yang jamnya rosak ketika tu. Aku mesti pakai jam waktu tidur......
Jam ni aku tak beli. Jam Alain Dillon ni aku dapat sempena "khidmat Cemerlang" sewaktu di SK Putrajaya 2, Presint 9. Jam ni selalu aku pakai pada hari Isnin sebab ada perhimpunan.

Thursday, October 6, 2011

"Drag" Putrajaya

Dua minggu lepas aku berpeluang saksikan acara sukan yang baru dipernalkan di Putrajaya. Konon untuk elak Mat Rempit merempit di jalanraya dan menyusahkan orang lain.


Motor dah dibogelkan. Hanya yang wajib aje tinggal. Jika motor tu boleg bergerak laju tanpa enjin, mungkin enjit tu akan ditanggalkan juga..........

Aku pun tak faham ........ Apa keseronokan yang mereka dapat daripada aktiviti ini.