Thursday, June 17, 2010

100617 Awek Cun

Pagi tadi [dalam perjalanan ke pandah Indah untuk latihan petanque] sewaktu berhenti di lampu isyarat di Kg Abu Bakar Baginda, ada awek cun yang duduk sebelah pemandu di kereta sebelah asyik pandang dan senyum pada aku.
Aku pun apa lagi..... mula main kenyit mata. Agak lama juga lampu merah. Awek tu pulak makin tersenyum. Aku segera snap gambar awek tu. Tapi belum sempat nak turun tingkap untuk tanya nama, lampu isyarat dah tukar hijau. .........


Wednesday, June 9, 2010

Pegawai Pengiring


Ingatkan bila dah tak ngajar di sekolah, lepaslah jawatan guru pengiring apabila ada anak murid buat lawatan. Tapi bila di IPG masih kena juga..... cuma istilahnya lain, "Pegawai Pengiring".

Minggu ni aku ditugaskan mengiringi 5 kelas yang terdiri daripada 89 pelajar "persediaan' untuk program jati diri BTN di Kuala Selangor. Dapat tugas ni, seronok ada, boring pun ada........

Seronok - dapat "bercuti" [tapi tak boleh pergi jauh, takut yang diiringi perlu bantuan].
Boring - Setengah hari pertama dah selesai pusing semua tempat menarik di Kuala Selangor.

Saturday, June 5, 2010

100605 Jumpa Sahabat Lama

Cikgu Ishak namanya. Dulu kami sama-sama bertugas di SRP, Terengganu. Kami sama-sama menyewa rumah di Kampung Baru, Kemasik. Masa tu anak-anak masih kecil. Salah seorang anak lelakinya yang masih aku ingat ialah Ucop. Kekadang waktu petang, terjumpa Ucop main tanpa baju. Kini dia dah 27 tahun. Dah nak naik pelamin.
Cikgu Ishak dah pencen. Dia kini tinggal di Kuala Kedah. Ajak juga Rahman Banting dan Kamal Kuala Selangor. Tapi malangnya mereka ada urusan. Yang dapat hadir hanaya Fandi Chabang sahaja [kini di BPK]

Thursday, June 3, 2010

Langkawi III - Cabaran

Antara yang diutarakan dalam "kuliah" semasa dalam feri ke Langkawi adalah dugaan dan cabaran penceramah alami sepanjang menerima jemputan untuk berceramah.
1. Lokasi Baru
Beliau banyak dapat jemputan di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Beliau berasal dan menetap di Ipoh, Perak. Ramai sangka beliau dari Jalan Ipoh, KLumpur. Untuk elak kelewatan dan salah lokasi beliau selalu mohon "dijemput" di tol tapi kerap tak dipenuhi kerana menganggap takkan orang Jalan Ipoh tak kenal jalan-jalan di KLumpur.
2. Bayaran Tak Setimpal
Di akhir ceramah, beliau berkata, "Jika bayaran tidak memadai, itulah kali terakhir terima jemputan. Bukan minta harga tinggi, tapi "harga" ilmu yang disampaikan takkan sekadar cukup untuk minyak balik ke Ipoh?" Yang hairannya, untuk majlis konsert hiburan penganjur sanggup bayar ribuan ringgit. Yang lebih hairan, AJK Surau/masjid yang punyai simpanan RM ratus ribu di bank, jarang adakan majlis ilmu dan jika ada pun ala kadar sahaja .......
3. Tidur di Lebuhraya
Pernah berlaku beliau terpaksa tidur dalam kereta kerana lebuhraya ditutup akibat kemalangan Walhal para pendengarnya sebelum itu sudah lena dibuai mimpi di atas tilam empuk dan selesa.

Nota
Semasa singgah di Pekan Rabu, Alor Setar, dalam perjalanan balik ke KPI, cari juga CD tu tapi tak jumpa.

Tuesday, June 1, 2010

Langkawi II - Siapa Bijak?

1. Imbasan Semula
Semasa dalam feri ke Langkawi ditayangkan video dakwah. Feri baru jadi ceramah dapat didengar dan ditonton dengan jelas. Tambahan pula peceramah berwibawa. Kalau tak silap namanya Us. Mohd. Kazim.
2. Pandai Orang Dahulu
- Tiada sijil untuk tunjuk tamat sekolah atau universiti
- hanya ada tenaga dan usaha 4 kerat
- Boleh sara anak isteri
- Boleh hantar anak-anak belajar ke universiti
- Boleh beli tanah
- boleh pergi haji
- Ada simpanan untuk hari tua
3. Pandai Orang Kini
- Sijil bertimbun [hingga boleh guna bungkus nasi lemak!]
- Kerja makan gaji
- ada rumah & tanah - pinjaman bank
- mewah hidup dari hutang bank & kad kredit

Friday, May 28, 2010

Langkawi I - Idea yang bagus!

Sewaktu tiba di jeti Kuala Perlis jam 8.00am, kami semua amat terperanjat. Ramainya pelancong yang hendak menyeberang ke Langkawi. Bas kami "tersangkut" hingga tak boleh masuk ke kawasan jeti. Berbaris bassedang menurunkan penumpang yang hendak ke Langkawi.
Sesak bukan kepalang di kawasan menunggu. Kipas dindingnya pula kebanyakannya rosak! Tambah tak senonoh, PEROKOK yang tak beradab. Di kawasan orang ramai pun selamba buat hal. Geram bukan kepalang!
Nasib baik ketua rombongan (Anom juga namanya) dah siap "booked" semua tket untuk ke Langkawi. Feri yang kami naik baru keluar kilang. Plastik sarung bangku masih ada lagi. LCD terpasang di merata tempat. Sebaik feri bergerak, pengendali pasang VCD kuliah oleh penceramah terkenal berasal dari Ipoh, Perak. Bagus kuliahnya!!!
Daripada mainkan wresling, wayang atau entah apa-apa nyanyian, kan bagus macam tu dapat ilmu secara tak sengaja.

Wednesday, May 26, 2010

Penat Semalam

Banyak kena membongkok, sampai pening kepala
Semua khemah kena jemur dulu. Ada yang terlalu busuk! Stokin pun tinggal dalam khemah.

Guru-guru Pengakap KDC berkhemah di Ipoh minggu lalu. Semasa berkhemah kena hujan. Mereka pula balik tiba lewat [malam]. Tak sempat nak jemur & kemas khemah sebab nak segera balik ke tempat masing-masing.
Azahar minta bantu untuk jemur & kemas 12 set khemah yang telah mereka gunakan. Aku ingat mudah. Rupanya amat meletih dan memenatkan.