Thursday, February 12, 2009

Kerja, kerja, kerja.

Balik dari Melaka minggu lalu, aku dah agak minggu ini akan amat sibuk. Transformasi kurikulum dan mula digerakkan. Unit Pembangunan Staf (UPS) tidak terlepas dari terkena bahangnya. Tambahan pula UPS tak cukup pegawai apabila Zarina dan Romna dah kembali ke sekolah.
Antara kerja yang aku buat hari ni.
1. Buat pakej ke Sibu untuk GB & GPK1 Sabah, Sarawak dan Labuan pada 4-6 Mac 09.
2. Uruskan invoice & pembayaran Hotel Everly, Melaka - Mesy SKT minggu lalu.
3. Rancang pakej untuk guru subjek di Pahang pada Mac.
4. Tempah & hantar borang mohon guna dewan Aras 9, Blok E12 untuk Taklimat Transformasi kepada pegawai KPM & JPN pada 2 Mac 2009.
5. Buat susulan ke Bidang-bidang yang masih belum kembalikan kutipan derma "One Malaysia, One Voice" - Derma Palestin.
6. Taip minit mesyuarat penyelarasan CCEM17.
7. Karang & taip surat untuk Mesy pre-cauncil CCEM17 pada 17 Feb. 09
Tak menang tangan hari ni.........

Monday, February 9, 2009

Undur Masa - Birthday Farhana

31 Jan - Hari lahir Farhana

Cepat order, Abg Arif bayar...... elaun dah masuk!

Sempena hari lahir Farhana pada 31 Jan yang lalu, aku sefamili merayau di Bangi untuk cari kedai makan. Bangi Village adalah pilihan ke-3. Kedai yang ke-2 pelayannya lambat sangat ambil order. Bila kita orang bangun nak keluar baru sibuk tanya nak makan apa.... Sungguh amat berbeza jika nak makan di kedai mamak. Belum duduk lagi dah di sapa....
Kedai makan ni Nurul yang tunjuk. Lokasinya agak tersorok, di belakang Petronas Bangi. Kawasan makannya luas, parking pun selesa. Dan yang paling best, tak perlu tunggu lama setelah order. Dapurnya banyak......



Sunday, February 8, 2009

Seri Lagi....

Baru habis tonton Spurs lwn Arsenal. Malangnya Arsenal masih BELUM BERJAYA membuang badi keputusan seri sejak kebelakangan ini. Antara faktor yang menyumbang adalah kad merah yang diterima Ebue dalam separuh masa pertama.
Aku nantikan juga kelibat Ashavin untuk menyelamatkan maruah Arsenal, tapi mungkin Wenger ada sebab tersendiri tidak menurunkannya dalam perlawanan ini. Yang pasti Arsenal amat memerlukan pemain yang boleh menjaringkan gol seperti lagenda Henry atau Berkamp.
Diharapkan dalam perlawanan seterusnya Arsenal akan lebih berjaya.....

Cyclefest Putrajaya 2009




Mengambil kesempatan Le Tuar D'Langkawi yang akan bermula di Putrajaya pada 9 Feb., Perbadanan Putrajaya menganjurkan Cyclefest tahunannya pada hari ini. Banyak kategori yang dipertandingkan. Tahun ini aku tak masuk sebab pengalaman pada tahun-tahun lepas ramai "profesonal" yang masuk. Kita yang setakat berbasikal untuk riadah jauh ketinggalan.


Tahun ini hanya Fathiyah yang masuk; kategori Perempuan 12 tahun ke bawah. Dia berjaya mendapat Naib Johan, dapat medal dan wang tunai RM100.

Saturday, February 7, 2009

Jamuan di Bandar Seri Putra

Bertanyakan perkembangan terkini sementara menunggu acara doa selamat


Tajuk utama perbualan: Situasi Politik di Perak Masa Kini

Telah 1 bulan Hj. Sarpin bersama keluarga tinggal di rumah baru mereka di Bandar Seri Putra, Bukit Mahkota. Antara yang dijemput untuk majlis kesyukuran yang diadakan adalah bekas sahabat sebilik semasa di Madinah dan di Mekah.
Aku dan Anum amat gembira dapat jumpa Hj. Yahya, Hj. Hamid, Hj. Muhamad, Hj. Mustafa, Hj. Zakaria dan Hj. Nordin bersama pasangan masing-masing. Hanya Hj. Omar tidak dapat hadir kerana anak-anak dan cucu-cucunya sedang berkumpul di rumahnya di Melaka sempena cuti panjang hujung mingu ini.
Jamuan yang disediakan amat menyelerakan. Nasi minyak, soto, rojak buah, dadih, kuih-muih, bubur durian, cendol, sirap limau, dan yang paling menarik mee tiau special yang disediakan oleh pengusahanya yang dibawa terus dari Gombak.
Dalam perjalanan pulang, ronda kedai-kedai di Bandar Putra. Singgah di satu-satunya kedai Jati di situ. Kerana yakin tauke kedai tu adalah Hj. Zulkifli (suami Rohana - sahabat di BPK) aku tanya Bangla yang jaga: "Siapa nama bos?" Dengan yakin katanya: "Zulfikar."
Bagus dan banyak pilihan di kedai tu. Aku rekomen para sahabat untuk berkunjung ke kedai tu jika berminat untuk tukar perabot rumah. harga boleh runding!!

Friday, February 6, 2009

Mesy JK Pendaftaran & Akreditasi CCEM ke-17


Tarikh : 6 Feb 2009
Masa : 9.00am - 12.00pm
Tempat : Bilik Mesyuarat Cenderawasih, Aras 8, BPK

Thursday, February 5, 2009

Mesy SKT & Kew BPK 2009




Tajuk
Mesyuarat Sasaran Kerja Tahunan & Kewangan Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM 2009

Tarikh
03 - 05 Februari 2009

Lokasi
Everly Resort, Tanjung Kling, Melaka