Friday, May 6, 2016

160421 Labuan

Sudah lama berhasrat untuk jalan-jalan ke Labuan. Sebelum ini hanya pernah "touch-down" dalam transit Sandakan ke KLIA. Jadi bila ada tugasan ke Kundasang, Sabah aku pun rancang ke Labuan bersama isteri. 


Walaupun asalnya agak marah sebab penerbangan ke KKinabalu tertangguh selama 2jam, namun cuaca yang elok dan tiba di destinasi dengan selamat meredakan kemarahan tersebut. En Osman KJHEP IPG Kampus Gaya telah bermurah hati jemput di airport dan bawa ke penginapan hotel di Kota Kinabalu. Esoknya baru En. Aziz akan bawa bertugas di Kem Bina Negara Kundasang, Sabah. 

Kebetulan sebaik habis tugasan, aku temankan En. Aziz ke airport untuk hantar En. Rahim, Pengarah SHEPHL (bos besar) balik ke KLIA. Aku tunggu di airport untuk jemput Anum yang dijangka tiba jam 7.00malam. Agak risau juga kerana ini kali pertama Anum naik flight sendirian.

Sebaik Anum tiba, kami naik bas transit ke KKinabalu dengan bayaran RM5 seorang. Kami mencari penginapan berhampiran jeti Jesselton kerana awal pagi esok akan naik feri ke Labuan. Sebaik dapat penginapan, kami terus ke riverside untuk makan malam. Kami tempah ketam, ikan dan sotong goreng. Nasi kongsi berdua. Kos agak murah, lebih kurang RM50 sahaja.

Check-out awal pagi sebab perlu naik feri 8pagi ke Labuan. Dalam perjalanan sempat berposing depan Kompleks Suria, KKinabalu. Kemudian dimaklumkan oleh KJHEP KGaya, En. Osman, beliau perasan kami perposing sakan hingga bunyi horn dari beliau pun tak perasan ......

Lepas beli tiket, kami bersarapan dan berwefie lagi di jeti Jessolton. Rupanya tiket feri sudah ada dikaun. Untuk tiket Kelas 1, hanya perlu bayar lebih kurang RM45 untuk 2 orang. 




Beza Kelas 1 dengan Kelas biasa hanyalah "pemandangan". Kelas 1 dapat lihat atas permukaan air, dapat lihat ombak & persisiran pantai. Kelas biasa berada aras bawah. Jadi kalau nak tidur, baik beli tiket kelas biasa je ....  Perjalanan lebih kurang 3jam.  

Selamat tiba di jeti Labuan. Agak lengang. Memandangkan belum lagi tempah mana-mana hotel penginapan kami pun terus menyewa kancil dengan harga RM50/hari. Pengusaha kata Kancil berada di airport, 20 minit baru sampai. Jadi kami pun ke KFC di seberang jalan untuk makan thari sambil update wasap. 

Sebaik dapat Kancil, kami pun terus meneroka bandar Labuan sambil mencari dan bertanya beberapa Hotel untuk menginap. Bopleh tahan juga harga penginapannya. Kebanyakannya lebih RM100/malam. Memandangkan kami sudah tiada masalah kenderaan, kami terus ke Chimney sambil mencari homestay yang sesuai. 

Hanya kami berdua pelawat Chimney (pada hari tersebut?). Dapatlah ilmu serba sedikit sejarah kedatangan British dan Jepun ke Labuan suatu masa dahulu. Selain nelayan, perlombongan arang batu pernah menjadi sumber pekerjaan di Labuan.





Akhirnya kami menginap di Labuan Inn, di tengah bandar Labuan. Hotel agak bersih dan strategik. 

Sebaik keluar pagi untuk bersarapan, kami 'terjumpa' ramai orang yang rupanya  memang lokasi pengunjung berkumpul pada hujung minggu; Labuan Walk'. Kebetulan pelajar UMS sedang membuat promosi. Kehadiran orang agak ramai. Aku ambil peluang cuba 'menyumpit'.  


berwefie berlatarbelakangkan Labuan Walk







No comments: