Monday, December 29, 2014

141228 Ita datang ziarah


Ita dan famili singgah dalam ziarahnya ke majlis kenduri anak arwah Jeman di Sungai Pelek, Sepang. Ita dan suami berniaga warung di Taman Daya, Johor Bahru. Menantunya, Syamir bertugas di PICC.


Adik beradik Ita ada 6 orang. Azman, Azlan, Ita, Azuan, Azmi dan ???. 
Azman, anak sulung sebaya dengan aku telah meninggal dunia beberapa tahun yang lalu akibat demam. 

Emak Ita, arwah Kak Mami adalah sepupu aku. Dahulu mereka pernah tinggal di kuaters Sultan di Stulang. Arwah Kang Pangkreng (Mahras) adalah penjaga kuda sultan. Semasa kecil aku sangka kang Pangkreng hebat kerana ada signboard "Parking" di kawasan kuaters. Aku sangka kuaters tu dia punya!! Hingga kini aku akan tersenyum bila ingatkan hal ni.

Adik beradik arwah Kak Mami adalah arwah Kang Long (Jajuli), Kang Tarhim dan Dr. Zairi. 

No comments: