Monday, June 10, 2013

SRP

Janudain, Us. Badrul Hisham, Pak Din

Cikgu Janudin
Aku mula kenal Cikgu Janudin semasa melapor diri untuk memulakan tugas di Sekolah Rantau PETRONAS, Kertih pada tahun 1992. Semasa bertugas di SRP, Cikgu Janudin terkenal dengan kepimpinan Pengakap dan hebat dalam permainan petanque. Dia kini telah 13 tahun bertugas di Bintulu, Sarawak.
Di akhir pinjaman kami di SRP, Cikgu Janudin ajak aku untuk tukar angin ke Sarawak. Penempatan semula guru-guru yang dipinjamkan ke PETRONAS selalunya tiada masalah untuk ke daerah yang dipohon. Khuatir tak dapat balik ke Johor selepas tugasan di Sarawak menyebabkan aku tetap mohon ditempatkan di Johor bahru. Aku berjaya ditempatkan di Sekolah Perumahan Tampoi 1 [sekolah asal sebelum aku bertukar ke PETRONAS]. 
Minggu ini aku jumpa semula Cikgu Janudin kerana isterinya hadiri istiadat konvokesyen PGSR di PICC. Telah masuk minggu ke-2 aku bertugas di PICC jaga konvo PISMP & PGSR.

Ustaz Badrul Hisyam
Sedang aku berbual kisah lama di SRP, Ustaz Badrul Hisyam yang kini sedang bertugas sebagai pensyarah di Kampus Pendidikan Islam memaklumkan bahawa kami mesti kenal arwah ayahnya yang juga pernah bertugas di SRP. Apabila beliau memaklumkan bahawa Ustaz Yassin adalah ayahnya, Cikgu Janudin dan aku segera mengucap panjang. Arwah Ustaz Yassin adalah salah seorang guru kontrak [meletak jawatan guru kerajaan selepas tempoh pinjaman 5 tahun untuk terus bertugas di SRP]. Arwah Ustaz Yassin sangat lembiut dan baik orangnya. Aku berkesempatan untuk ziarahnya semasa arwah di rawat di Hospital Kuala Terengganu.

Didoakan roh Ustaz Yassin ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

No comments: