Selepas membaca artikel tentang wayang dalam majalah MIDI tadi, aku terkenang suasana pawagam [panggung wayang gambar] masa dulu-dulu yang amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan kompleks pawagam sekarang.
1. Harga Tiket
Dulu - Kebanyakan panggung ada 3 kelas. Kelas #3 paling murah. Panggung LIDO, JB RM0.90 untuk satu tempat duduk. Lokasi 3 baris paling hadapan. Bila keluar panggung, tengkok sakit.
Sekarang - depan @ belakang sama harga. Purata RM10 satu tempat duduk. Kalau wayang bagus, kena beli tiket awal-awal. Kalau tak, sakit tengkok.
2. Beli Tiket.
Dulu - Kena beratur panjang. Selalunya ada Mamat yang berkeliaran menawarkan tiket pada harga lebih tinggi [black market]. Yang hairannya mamat ni selalunya ada banyak tiket di tangan sedangkan seorang hanya dibenarkan membeli 4 keping tiket sahaja. Mungkin dah "runding" dengan penjual tiket di kaunter.
Sekarang - Barisan untuk beli tiket macam ular. Kalau ada Mamat nak black market pasti kena tangkap atau tak dapat sambutan.
Nota: Kadang-kadang boleh masuk tempat tiket mahal dengan bayar harga murah. Tapi mesti waktu kurang penonton dan kenal dengan penjaga pintu masuk panggung. Caranya dengan "merasuah" petugas tersebut. Kalau tauke check, kena keluar panggung......
Pernah bersama beberapa rakan beli tiket nak tonton wayang 9pm di Rengit [masa tu kerja di Benut]. Masa nak masuk, tauke panggung bayar balik harga tiket sebab penonton tak ramai, hanya kumpulan aku seramai 6 orang sahaja yang nak tonton.
No comments:
Post a Comment