Friday, May 21, 2010

Keluarga Lebih Utama

Ramai beranggapan pekerja yang pulang lewat kerana menyiapkan tugas di pejabat adalah pekerja yang rajin dan berdedikasi. Ada pula yang beranggapan pekerja seperti ini kurang bijak dalam mengatur waktu dan merancang kerja.
Ada pula yang berpendapat bahawa famili juga penting dan perlu diutamakan. Setiap detik jangan dibazirkan. Selepas 4.30pm adalah waktu peribadi.


Sebenarnya dalam dunia ni, tiada pekerja yang tidak boleh diganti. Alasan bahawa pejabat akan berhenti berfungsi dengan ketiadaan seseorang patut dibuang. Paling tidak, mungkin akan berlaku kesulitan, tetapi akhirnya tugas akan dapat dilaksanakan.

No comments: