Friday, March 5, 2010

Maulidul-Rasul @ Kampus Pend. Islam

Pengalaman baru untuk aku. Sambutan Maulidul-Rasul di KPI amat hebat. Walaupun dikendalikan oleh pelajar, jadual pengisiannya amat berkesan. Tiada masalah dalam menugaskan pelajar untuk berzanji, mengaji, selawat dll [dah namanya pun Kampus Pend. Islam!]. Bagaimanapun apa yang aku nak kongsi adalah petikan daripada jadual aturcara yang disediakan.
+++++++++++++++++++++
Bagaimanakah kita meraikan hari kelahiran kekasih Allah? Sekadar berarak, berselawat, berzanji dan mendengar ceramah berkenaan keesaran baginda?
Semua yang kita lakukan itu hanyalah simbolik. Yang lebih peting ialah bagaimana kita menghayati dan menuruti segala ajaran yang telah baginda turunkan kepada kita.
Nabi Muhamad s.a.w. adalah contoh terbaik untuk menyatupadukan umat. Banyak contoh Rasullulah telah tunjukkan untuk sesuatu berhadapan dengan sesuati isu besar. Rasullah sentiasa bersabar ketika menghadapi dugaan-dugaan besar; bersabar ketika menghadapi penghinaan dan tekanan dan bersabar ketika menyelesaikan masalah pertelingkahan umat Islam.
Sebaliknya kita masa kini, malah yang dah bergelar ulama' / pewaris nabi akan melenting bila berhadapan dengan dugaan. Akan marah dan meninggikan suara bila menghadapi tekanan dan membuat pertimbangan mengikut hawa nafsu ketika menyelesaikan pertelingkahan antara dua pihak yang berbeza pendapat. Ke mana hilangnya warisan nabi yang menyuruh kita bersabar dan adil ketika membuat keputusan?
Semoga dengan kehadiran hari memperingati ulang tahun Rasulullah s.aw. pada tahun ini, umat Islam akan berubah kepada mentaliti yang lebih mulia agar terus dihormati dan tidak lagi dikeji. Umat Islam juga diharap dapat bersatu hati ketika berhadapan dengan sesuatu yang melibatkan kesucian agama Islam.

1 comment:

EDOGAWA said...

ALLAHUAKBAR......